Now Reading
Pelekat ‘Barbie’ Mampu Undang Jenayah Buat Pemandu Wanita. Elakkan!

Pelekat ‘Barbie’ Mampu Undang Jenayah Buat Pemandu Wanita. Elakkan!

Pemasangan pelekat Barbie pada kereta wanita boleh menarik penjenayah atau pembuli jalan raya untuk mensasarkan mangsa mereka yang seterusnya.

Elak Guna Pelekat 'Barbie Pada Kereta Jika Tidak Mahu Jadi Mangsa Individu Jahat - Penganalisis Penjenayah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Filem Barbie lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling membuatkan seluruh dunia tergila-gilakan warna merah jambu.

Penangan filem Barbie juga membuatkan banyak jenama makanan dan minuman serta pakaian mengambil peluang ini untuk menghasilkan produk kolaborasi bersama animasi berkenaan.

Antara barangan yang berkolaborasi dengan Barbie dan mendapatkan sambutan cukup hangat di seluruh Malaysia adalah Typo X Barbie. Difahamkan, peminat mereka terlampau teruja sehingga sanggup berebut dengan pelanggan lain.

Artikel Berkaitan: [Video] Pelanggan Berebut Nak Beli Koleksi Typo x Barbie, Sampai Ada Cawan Jatuh Pecah!

Artikel Berkaitan: 9 Jenama Buat Kolaborasi Dengan Barbie Di Malaysia. Semua Warna Pink!


Penganalisis Penjenayah Beri Pandangan Tentang Kesan Penggunakan Pelekat ‘Barbie’ Pada Kereta Pemandu Wanita

Salah satu barangan yang menjadi kegilaan ramai peminat Barbie terutamanya kaum wanita adalah pelekat kereta berwarna merah jambu dengan tulisan Barbie.

Bagi sesetengah wanita, perhiasan yang dipasang pada luar badan kereta itu kelihatan comel dan menampakkan ciri-ciri feminin bagi pemilik kereta.

Walau bagaimanapun, pemasangan pelekat Barbie pada kereta itu dipercayai boleh memberi kesan melibatkan isu keselamatan kepada pemandu wanita.

Sumber: TikTok

Berdasarkan pendapat daripada Penganalisis Jenayah Shahul Hamid Abdul Rahim, beliau memberi pandangan bahawa pelekat Barbie yang dipasang boleh mendatangkan bahaya.

Ini kerana penjenayah atau pembuli jalan raya boleh mensasarkan pemandu tersebut sebagai mangsa mereka untuk melakukan jenayah seperti gangguan seksual, pecah kereta, ragut, culik dan diekori.

Kalau boleh kereta jangan hias dengan menampakkannya terlalu lembut, ia seolah-olah membuka ruang, malah mengundang pembuli jalan raya untuk sasar mangsa seterusnya.

Penganalisis Jenayah Shahul Hamid Abdul Rahim.
Sumber: TikTok

Berikutan itu, pemandu tidak digalakkan untuk menghias kereta mereka secara berlebih-lebihan kerana berisiko untuk mengganggu ketenteraman serta keselamatan diri.

Pada pendapat saya, tidak perlu berlebihan untuk menghias kereta kerana ia sesuatu yang berpotensi menarik perhatian orang terutamanya pembuli jalan raya dan kaki seksual. Apabila diganggu, pasti individu yang menjadi mangsa tidak akan rasa selamat dan tenteram.

Penganalisis Jenayah Shahul Hamid Abdul Rahim.

Sehubungan itu, beliau menasihati kaum wanita untuk tidak menghias kereta secara berlebih-lebih meskipun itu adalah hak mereka sebagai pemilik kenderaan.

Artikel Berkaitan: “Road Bully To The Max!” – Pemandu Lori Berlagak Samseng, Buli Myvi Di NKVE Sudah Ditahan Polis

Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Warga Asing Panjat Kereta Tengah Jalan, Wanita Luah Rasa Cemas & Takut


Tips Keselamatan Bagi Kaum Wanita

Masalah melibatkan isu keselamatan wanita kini perlu diambil berat oleh masyarakat kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa sama ada di kawasan terbuka atau kawasan tertutup.

Sumber: Freepik

Bagi kaum wanita di luar sana, berikut kami kongsikan beberapa tips keselamatan bagi melindungi diri anda.

  • Jangan berjalan sambil menggunakan telefon kerana ia boleh menghilangkan tumpuan anda terhadap keadaan sekeliling yang sedang berlaku.
  • Elakkan dari berjalan seorang diri di kawasan sunyi.
  • Jangan meletakkan beg tangan atau barangan berharga di tempat duduk penumpang semasa memandu.
  • Sekiranya anda rasa sedang diekori, terus pandu kereta ke balai polis berdekatan dan menghubungi pihak polis untuk memberikan keterangan.
  • Periksa keadaan sekeliling kenderaan sebelum memasuki kereta.
  • Segera mengunci pintu kereta sebelum memasuki kenderaan.
  • Menjerit sekuat hati atau menekan hon jika diganggu individu tidak dikenali.
  • Sediakan penyembur lada, wisel keselamatan atau kunci penggera di dalam beg untuk digunakan sekiranya diserang.

Sumber: KosmoCarsome | Kampung Jambu Rias


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd