Now Reading
[Video] Lelaki Warga Asing Panjat Kereta Tengah Jalan, Wanita Luah Rasa Cemas & Takut

[Video] Lelaki Warga Asing Panjat Kereta Tengah Jalan, Wanita Luah Rasa Cemas & Takut

Ketika keretanya dipanjat oleh lelaki warga asing di kawasan bulatan Kampung Pandan, tidak banyak kereta yang membantunya ketika kejadian berlaku.

[Video] Lelaki Warga Asing Panjat Kereta Wanita Tengah Jalan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu keselamatan diri semakin hari semakin membimbangkan kerana ada sahaja individu yang berniat jahat mahu melakukan perkara tidak baik tanpa mengira di kawasan awam atau tertutup.

Perkara ini lebih merisaukan kaum wanita kerana mereka sering menjadi mangsa terutamanya melibatkan gangguan seksual seperti kes terbaharu yang berlaku kepada Acacia Diana.

Menurut Acacia, dia telah diganggu oleh penghendap yang sama sejak lapan tahun lalu sehingga diekori ketika berpindah di United Kingdom.

BACA JUGA: Jurugambar Wanita Diganggu Oleh ‘Stalker’ Sama Sejak 8 Tahun Lalu, Gesa Pihak Polis Segera Ambil Tindakan

BACA JUGA: Acacia Diana Buat Laporan Polis Kali Ketiga, Bengang Diganggu ‘Stalker’ Sejak 8 Tahun Lalu


Wanita Panik Lelaki Warga Asing Tidak Dikenali Panjat Bahagian Cermin Kereta

Dalam kes lain yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa cemas apabila kereta yang dipandu di bulatan Kampung Pandan menghala ke Berjaya Times Square dipanjat oleh lelaki warga asing tidak dikenali.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram (@tzliana_11), wanita tersebut dilihat beberapa kali cuba untuk menggundurkan keretanya sambil menjerit ketakutan.

Di ruangan kapsyen, mangsa menceritakan kejadian tersebut berlaku apabila lelaki warga asing terbabit tiba-tiba melompat ke atas keretanya dan mahu menuduh wanita itu sengaja melanggarnya.

Lebih menakutkan lagi, lelaki berkenaan semakin mendekati cermin kenderaan sambil mengintai pemandu yang berada di dalam kereta.

Ketika berdepan detik cemas itu dalam keadaan seorang diri, dia meluahkan rasa kecewa kerana kebanyakan kereta yang berada di kawasan tersebut tidak memberikan bantuan.

Mujur seorang lelaki berbaju merah datang membantu dengan menghalau warga asing yang berada di atas keretanya meskipun dilihat mahu cuba melawan sebelum berjaya diarahkan untuk turun.

Nasib baik ada yang tolong. But i still kecewa, banyak kereta yang lalu di situ tak berhenti and at least hon sekali buat dia takut. Alhamdulillah i lock pintu semua.

Mangsa.

Jelasnya lagi, laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara pada hari kejadian kerana bimbang jika ada yang mendakwa dia telah melanggar individu tersebut.

Susulan insiden yang berlaku ini, wanita tersebut menasihati orang ramai untuk berhati-hati ketika memandu seorang diri.

Dalam pada itu, dia juga mahu mencari lelaki berbaju merah tersebut kerana tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan ketika kejadian.


Ramai Netizen Hargai Usaha Lelaki Berbaju Merah Yang Datang Membantu

Di ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen yang terkejut melihat insiden yang berlaku dan lebih membimbangkan apabila ia melibatkan warga asing.

Malah, ada juga yang berharap agar pihak berkuasa dapat mengawal kehadiran warga asing di Malaysia yang boleh memberi risiko dari segi keselamatan seseorang.

Selepas melihat video berkenaan, rata-ratanya memberikan ucapan terima kasih kepada lelaki berbaju merah yang datang membantu wanita berkenaan dalam situasi mencemaskan itu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd