Now Reading
Acacia Diana Buat Laporan Polis Kali Ketiga, Bengang Diganggu ‘Stalker’ Sejak 8 Tahun Lalu

Acacia Diana Buat Laporan Polis Kali Ketiga, Bengang Diganggu ‘Stalker’ Sejak 8 Tahun Lalu

Acacia Diana menjelaskan dia pernah membuat laporan kepada pihak polis kerana diganggu lelaki sama pada tahun 2018 dan 2022.

ACACIA DIANA

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan pendedahan seorang jurufoto wanita yang diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenalinya sejak lapan tahun yang lalu.

Menerusi bebenang di laman Twitter miliknya, wanita yang dikenali sebagai Acacia Diana itu menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku dan berlarutan sehingga kini.

Acacia juga mendakwa pernah membuat laporan polis selain berhubung dengan keluarga lelaki terbabit agar menasihati individu berkenaan untuk berhenti mengganggunya.


Acacia Buat Laporan Polis Kali Ketiga Semalam, 16 Julai

Semalam (16 Julai), Acacia memaklumkan dia telah membuat satu lagi laporan di balai polis berhubung kejadian tersebut.

Dia pada masa sama turut mempersoalkan berapa lama perlu menunggu untuk tindakan diambil terhadap individu berkenaan.

Menurut Acacia, ini menjadikan laporan tersebut sebagai laporan ketiga yang dibuat olehnya berkaitan kejadian ngeri itu yang dialaminya sehingga trauma.

“Setakat ni ada buat tiga laporan polis, tahun 2018, 2022 dan hari ini (16 Julai 2023). Persoalan saya, berapa lama lagi untuk tindakan diambil tentang perkara ini?” kata Acacia kepada Buletin TV3.

Perkongsian Acacia yang tular di media sosial sebelum ini telah mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata netizen bersimpati terhadap dirinya.


‘Stalker’ Ikut Sampai Ke UK, Banyak Terima Gambar Kemaluan Lelaki

Menurut Acacia lagi, dia telah berpindah ke United Kingdom pada tahun lalu bagi memulakan hidup baharu, namun sekali lagi terpaksa berdepan detik hitam apabila lelaki terbabit masih mengekorinya hingga ke sana.

“Lebih membimbangkan, sejak awal tahun ini, saya kerap menerima gambar kemaluan lelaki serta panggilan video lucah daripada lelaki terbabit.

“Gangguan itu sememangnya menjejaskan kehidupan, emosi dan kerjaya. Kehidupan saya di sini (UK) juga umpama dipenjara kerana setiap kali keluar, saya terpaksa memakai pelitup muka kerana bimbang diekori lelaki psiko itu.

“Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga lelaki terbabit mengambil serius perkara ini. Takkan nak tunggu saya mati baru nak mengambil tindakan?” soalnya.


Kertas Siasatan Dibuka Dan Direklasifikasi Semula

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly menyatakan kertas siasatan mengenai kes terbabit telah dibuka dan direklasifikasi semula.

Jelas M. Hussin, kes berkenaan dibuka dan direklasifikasi semula di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

BACA JUGA: Jurugambar Wanita Diganggu Oleh ‘Stalker’ Sama Sejak 8 Tahun Lalu, Gesa Pihak Polis Segera Ambil Tindakan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd