Now Reading
“Road Bully To The Max!” – Pemandu Lori Berlagak Samseng, Buli Myvi Di NKVE Sudah Ditahan Polis

“Road Bully To The Max!” – Pemandu Lori Berlagak Samseng, Buli Myvi Di NKVE Sudah Ditahan Polis

Pemandu yang terlibat berjaya dikenal pasti dan telahpun ditahan pada hari Jumaat setelah ujian air kencing suspek menunjukkan keputusan positif untuk dadah jenis methamphetamine.

road bully nkve

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pada 25 Mei lalu, seorang pengguna Twitter (@simrath98) menerusi satu perkongsian telah memaklumkan kepada orang ramai bahawa dirinya telah menjadi mangsa pembuli jalanan iaitu sebuah lori jenis Scania.

Lori tersebut dipandu secara merbahaya dengan percubaan melanggar kereta miliknya serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Simrath turut menyertakan klip video dashcam daripada kereta miliknya di mana ia jelas menunjukkan pemandu lori berkenaan memandu secara merbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan dengan pengguna jalan raya lain pada ketika itu.

Video pertama jelas memperlihatkan pemandu lori yang mencuba untuk memotong dan lebih membahayakan adalah pemandu lori itu turut melakukan aksi bahaya selepas menukar lorong dengan cara yang boleh menyebabkan kemalangan.

Tidak terhenti di situ sahaja, pemandu lori itu juga bertindak menghentikan kenderaan tanpa sebab ketika di hon oleh Simrath di atas perbuatan pemandu lori berkenaan yang secara sengaja ingin melanggar kenderaan miliknya.

Saya telah membuat laporan dengan SPAD dan mengemukakan semua rakaman ini. Saya berharap lesen pemanduannya dibatalkan dan dia disekat daripada memandu kerana pemanduan yang berbahaya seperti ini! Pihak yang berkaitan, sila ambil tindakan dan siasat lanjut!

Simrath menerusi ciapan di Twitter.

Polis Kesan & Tahan Pemandu Lori Pada 26 Mei

Susulan kejadian ‘road bully’ tersebut, The Star melaporkan bahawa pemandu lori yang terlibat dalam insiden memandu secara merbahaya di hadapan plaza tol Subang NKVE pada hari Khamis (25 Mei) telah ditahan keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat (26 Mei).

Menurut Timbalan Komander Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Majid, “Kami awalnya mengesan video tentang insiden ‘road rage’ di media sosial pada hari yang sama dan memulakan penyiasatan kami.

“Video tersebut memaparkan sebuah lori treler yang memandu secara merbahaya dan menyusur di antara lalu lintas. Lori tersebut juga terlihat berhenti sepenuhnya dan menghalang lalu lintas di Jalan Persekutuan dan keluaran ke plaza tol Subang,” jelasnya.


Positif Dadah Methamphetamine, Pemandu Lori Ditahan

Pemandu yang terlibat berjaya dikenal pasti dan pemandu lori itu telah pun ditahan pada hari Jumaat dan ujian air kencing suspek menunjukkan keputusan positif dadah jenis methamphetamine.

Pemandu lori berkenaan kini direman untuk siasatan lanjut sehingga 30 Mei.

Polis telah mengklasifikasikan kes ini sebagai kes pemanduan tidak berhemah dan pengambilan dadah berbahaya.

Mohamad Fakhrudin turut menasihati kesemua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas untuk mengelakkan kemalangan. Pihak polis juga akan mengambil tindakan tegas bagi pihak yang melanggar undang-undang.

Kami tidak akan mengambil ringan terhadap individu yang memandu dengan cara yang berbahaya.

Timbalan Komander Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Majid menerusi The Star.

BACA JUGA: [Video] Pemandu Patahkan Palang Tol Di Sunway Sebab Kad Touch ‘n Go Tak Cukup Baki

BACA JUGA: Pemandu Proton X50 Ditahan Ketika Operasi, ‘Kantoi’ Tak Bayar Tol RM57.50

BACA JUGA: [Video] Lelaki Pandu Kereta Secara Bahaya Sambil Bawa Anak Kecil Undang Kecaman Netizen


Cara ‘Tackle’ Insiden Road Bully.

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Institut Keselamatan Jalan Malaysia (Miros), daripada 13.3 juta pemandu yang berdaftar di Malaysia, sebanyak 2.4 juta daripadanya adalah “sangat marah” ketika memandu.

Pengguna jalan yang agresif akan menggunakan pelbagai taktik untuk mengintimidasi pemandu yang menjadi sasaran mereka dengan tujuan membuat mereka bergerak dari jalan, memaksa mereka menambah kelajuan, atau hanya untuk keseronokan semata-mata.

Atau bahasa mudah; SAJA CARI PASAL.

Oleh itu, ada beberapa tips yang boleh anda lakukan ketika berhadapan dengan situasi ini iaitu:

  • Kekal tenang.
  • Jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan suspek.
  • Kekal berada di dalam kenderaan. JANGAN KELUAR.
  • Catat kesemua info tentang kenderaan suspek. Contohnya: nombor plat, model kereta dan warna. Kalau boleh disertakan video dashcam, lagi bagus.

Pengguna jalan raya perlu ingat bahawa apabila anda berada di atas jalan raya, jangan sesekali memandu dalam keadaan yang tidak sedar atau separa sedar. Ini kerana perkara tersebut boleh membahayakan dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Simple sahaja, memandu memerlukan kesedaran serta sikap sopan santun.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd