Now Reading
9 Jenama Buat Kolaborasi Dengan Barbie Di Malaysia. Semua Warna Pink!

9 Jenama Buat Kolaborasi Dengan Barbie Di Malaysia. Semua Warna Pink!

Antara jenama yang menghasilkan barangan berkolaborasi dengan Barbie dan mendapat sambutan ramai adalah seperti Typo dan Inside Scoop.

9 Jenama Buat Kolaborasi Dengan Barbie Di Malaysia. Semua Warna Pink!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Filem Barbie lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling berdurasi satu jam 54 minit merupakan satu-satunya filem ‘live action’ yang diinspirasikan dari patung permainan Barbie dari syarikat Mattel dan dinanti-nantikan oleh para peminat mereka di seluruh dunia.

Penangan filem Barbie juga membuatkan banyak jenama makanan dan minuman serta pakaian mengambil peluang ini untuk menghasilkan produk kolaborasi bersama animasi berkenaan.

Bila sebut Barbie, mesti orang ramai sudah boleh tahu warna apa kan? Yes, merah jambu!

Antara jenama yang menghasilkan produk kolaborasi bersama Barbie adalah:

1. Produk Kolaborasi Bersama Barbie: Superga

2. Produk Kolaborasi Bersama Barbie: ALDO

3. Produk Kolaborasi Bersama Barbie: Milliot & Co

4. Produk Kolaborasi Bersama Barbie: Typo

5. Produk Kolaborasi Bersama Barbie: Cotton On

6. Produk Kolaborasi Bersama Barbie: Fossil

7. Produk Kolaborasi Bersama Barbie: Forever 21

8. Produk Kolaborasi Bersama Barbie: Inside Scoop

9. Produk Kolaborasi Bersama Barbie: GSC Cinema

Sebelum ini, koleksi terbaharu Typo X Barbie yang menjual pelbagai barangan seperti cawan, tumblr, beg dan lain-lain telah menjadi rebutan ramai di Malaysia.

Katanya sampai ada cawan yang jatuh pecah di cawangan Typo di sebuah pusat membeli-belah.

Difahamkan juga kebanyakan koleksi Typo X Barbie itu sudah kehabisan stok pada hari pertama ia dijual kepada orang ramai.

BACA JUGA: [Video] Pelanggan Berebut Nak Beli Koleksi Typo x Barbie, Sampai Ada Cawan Jatuh Pecah!


Kepada para peminat Barbie di luar sana, jangan lupa untuk mendapatkan pelbagai koleksi barangan Barbie daripada pelbagai jenama ini sementara stok masih ada.

Mesti ramai yang tak sabar nak tengok filem Barbie kan? Tayangan di Malaysia dijadualkan pada 20 Julai di pawagam seluruh negara.

BACA JUGA: Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie, Didakwa Ada Kontroversi Peta Laut China Selatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd