Now Reading
Wanita Indonesia Obses Dengan Hello Kitty, Satu Rumah Warna Pink!

Wanita Indonesia Obses Dengan Hello Kitty, Satu Rumah Warna Pink!

Mama Vira adalah peminat tegar Hello Kitty dan warna pink sejak berusia tujuh tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada mereka yang obses dengan sesuatu perkara tak kiralah warna, watak atau jenama, pasti tidak kisah untuk menghabiskan duit bagi mendapatkan barangan tersebut.

Kadangkala sanggup berhabis hingga ribuan ringgit semata-mata dapat membeli ‘merchandise’ sebelum kehabisan stok.


Wanita Di Indonesia Peminat Tegar Hello Kitty Sejak Kecil

Baru-baru ini tular klip video di laman TikTok milik (@ekakitty07), menyaksikan ketaksuban seorang wanita yang berasal dari Jakarta, Indonesia terhadap warna merah jambu (pink).

Jika dilihat daripada perkongsian itu, wanita yang bernama Eka Diah Lestari atau lebih mesra dipanggil sebagai Mama Vira telah memperagakan pakaian serta aksesori serba merah jambu termasuk tudung, baju, seluar, beg sandang, gelang, selipar dan juga cermin matanya.

Sumber: TikTok (@ekakitty07)

Dia kemudian menaiki motosikalnya yang bertema kartun terkenal Hello Kitty sambil mempromosikan bedak solek yang turut berwarna pink.

Memetik laporan Vice Asia, wanita ini merupakan peminat tegar Hello Kitty sejak berusia tujuh tahun.

Tambahnya lagi, koleksi Hello Kitty pertama yang dimilikinya ialah Tamagotchi iaitu permainan digital bersaiz kecil.

Rata-rata koleksi yang dimilikinya adalah barangan tiruan kerana kedai terkemuka Sanrio yang menjual barangan Hello Kitty tidak dibuka secara rasmi lagi di Indonesia.


Segala Barangan Rumah Turut Dihiasi Warna Pink & Hello Kitty

Tidak terhenti di situ sahaja, dinding rumah Mama Vira juga dicat berwarna pink neon. Pasu bunga, tembok dinding, pagar, senang cerita semuanya!

Kalau anda nak tahu, wanita ini telah berkongsi beberapa gambar barangan di Instagram miliknya (@eqha_mamah_vira). Jangan terkejut, barang peribadi pun tema Hello Kitty. Terdapat almari, kipas, botol air dan cermin muka yang memiliki tema yang sama.

Dia turut dilihat memiliki koleksi patung manusia di dalam rumahnya. Paling penting sudah semestinya semua boneka itu bertemakan warna kegemaran.

Sumber: Instagram (@eqha_mamah_vira)

Reaksi Netizen Lihat Telatah Wanita Hidup Dalam Serba Pink

Menjengah ke ruangan komen dalam beberapa hantarannya di TikTok, ramai orang berasa kagum dan terkesima melihat kehidupan Mama Vira yang dipenuhi dengan warna pink.

Ada juga yang sempat bergurau dengan berkata dia silau memandang semua koleksi milik wanita tersebut.

Sumber: TikTok (@ekakitty07)

“Tak lama lagi kulit Mama Vira pun tukar warna pink,” kata seorang netizen.

Baca Artikel Berkaitan: 9 Jenama Buat Kolaborasi Dengan Barbie Di Malaysia. Semua Warna Pink!

Baca Artikel Berkaitan: The Pink Items You Need To Create Your Version Of Barbie Dreamhouse

Baca Artikel Berkaitan: ‘Barbie Land’ Mendarat Di KL & PJ Sepanjang Julai Ini

Sumber: Instagram (@viceasia) | TikTok (@ekakitty07)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd