Beli Baju Raya Online Tapi Lambat Sampai Atau Rosak? Ini Cara Buat Aduan Kepada KPDNHEP
Pelanggan itu membuat aduan kerana pembelian baju raya secara atas talian mengalami kelewatan sehingga tiga minggu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Menjelang bulan Syawal tidak lama lagi, ramai yang sudah membuat persiapan membeli baju raya di butik-butik serta secara atas talian.
Kalau anda nak merasai kemeriahan sebelum hari raya, bolehlah pergi ke pusat membeli-belah dan membeli persiapan raya dari segi pakaian, perhiasan serta perkakasan.
Ada juga yang tidak mahu untuk bersesak dengan orang ramai dan lebih memilih untuk membeli baju raya secara atas talian sahaja.
Pelanggan Minta ‘Refund’ Sebab Baju Tidak Berkualiti
Namun, ada pula segelintir pelanggan yang berdepan pengalaman buruk selepas baju raya mereka yang dibeli secara atas talian tidak mempunyai kualiti memuaskan.
Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@Ezad_Amir), pelanggan itu memberitahu bahawa baju raya yang dibeli olehnya tiba lewat sehingga tiga minggu.
Menurut peniaga itu, mereka sudah menyatakan bahawa pembelian di laman web bermula dari awal Ramadan akan dipos bermula 16 Ramadan dan ke atas.
Disebabkan itu, pelanggan berkenaan meminta pulangan (refund) 100% tetapi peniaga tersebut hanya mahu memberi pulangan sebanyak 80% sahaja.
Salah faham yang berlaku ini membuatkan pelanggan berkenaan membuat aduan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Beli baju raya, lewat 3 minggu.
— Σ (@Ezad_Amir) April 10, 2023
Seller nak refund 80%.
Aku report dekat KPDNHEP.
Terus dapat full refund 100%.
Jadilah pengguna bijak pic.twitter.com/jBzzw00NsB
Pada mulanya, pelanggan itu beberapa kali cuba untuk membuat aduan menerusi mesej serta e-mel tetapi tidak diendahkan.
Selepas membuat laporan tentang permohonan refund, baru peniaga itu didakwa memberi maklum balas.
Previous whatsapp.
— Σ (@Ezad_Amir) April 10, 2023
Mula-mula dia tak layan, email tak reply, whatsapp tak balas. Lepas report pasal refund, laju je balas. 🤣 pic.twitter.com/XeAO9zKqPw
Walau bagaimanapun, pelanggan itu tidak mahu mendedahkan nama peniaga kerana tidak mahu menjejaskan perniagaan mereka.
Aku tak letak nama seller sebab fikir orang nak cari makan. Mungkin cuma kesilapan kecil je, harap dia dapat perbaiki selepas ini.
Pengguna Twitter @Ezad_Amir.
Selepas berbincang secara diplomatik, isu tentang kelewatan baju raya telah berjaya diselesaikan dan pelanggan yang terlibat juga telah menarik semula laporan KPDNHEP yang telah dibuat kepada pihak berkuasa.
Kami memilih untuk selesaikan isu ni secara diplomatik.
— Σ (@Ezad_Amir) April 10, 2023
Dia hantar terus ke rumah bersama dengan gift. Bagus orangnya. Jadi, aku akan tarik balik report KPDN. Selesai. pic.twitter.com/Db5wgHYeOd
Panduan Untuk Membuat Aduan Kepada Pihak KPDNHEP
Sebagai pengguna, anda berhak untuk membuat sebarang aduan sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada barangan atau perkhidmatan yang dibeli.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Layari laman web eAduan KPDN.
- Klik pada ‘Aduan Kepenggunaan’.
- Jika anda tiada akaun, perlu daftar terlebih dahulu.
- Pilih ‘Aduan Kepenggunaan’.
- Klik ‘Aduan Baru’.
- Isi maklumat aduan dengan maklumat seperti berikut:
- Siap!
Antara aduan yang anda boleh buat adalah berkaitan:
- Penipuan Perkhidmatan
- Penipuan Harga
- Penipuan Transaksi Internet
- Jualan Bahan Petroleum
- Tiada Tanda Harga
- Bengkel Kenderaan Bermotor
- Penipuan Gores Dan Menang
- Penipuan Perjanjian Sewa Beli
- Penyelewengan Jualan Lansung
Untuk aduan berkaitan syarikat telekomunikasi boleh dibuat di laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan klik [DI SINI].
BACA JUGA: KPDNHEP Confiscated RM404,500 Worth Of Streaming Technology Equipment In Johor
BACA JUGA: [Watch] If Eggs Are Expensive, Eat Fewer Eggs, KPDNHEP Gives Brilliant Solution
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.