Now Reading
Kad NFC TnG Dijual 5 Kali Ganda Harga Asal, Pekerja Di Stesen Minyak Ditahan

Kad NFC TnG Dijual 5 Kali Ganda Harga Asal, Pekerja Di Stesen Minyak Ditahan

KPDNHEP telah memberkas seorang pekerja kaunter bayaran di sebuah stesen minyak kerana menjual kad itu dalam talian dengan harga lima kali ganda daripada harga asalnya iaitu RM10.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mereka yang tinggal di Lembah Klang pada ketika ini pasti sedang mencuba ‘nasib’ bagi mendapatkan kad Touch ‘n Go NFC, kan?

Sebelum ini dilaporkan bahawa Touch n’ Go tidak dapat memenuhi permintaan kerana kekurangan cip dan gangguan pada rantaian bekalan.

Walau bagaimanapun, setiap kali syarikat berkenaan mengeluarkan stok kad untuk dijual, pasti akan kehabisan stok serta-merta.

Oleh kerana permintaan yang tinggi, orang ramai mengambil kesempatan daripada keadaan dan menjual kad itu dengan harga lebih daripada harga asal.

Pekerja Di Kaunter Bayaran Stesen Minyak Ditahan

Menurut laporan Utusan Malaysia, seorang pekerja kaunter bayaran di sebuah stesen minyak telah ditahan kerana menjual kad itu dalam talian dengan harga lima kali ganda daripada harga asalnya iaitu RM10.

Kegiatan itu telah dikesan hasil siasatan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) susulan rungutan rakyat tentang betapa kesukaran mendapatkan kad berkenaan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kesukaran mendapatkan bekalan melalui premis stesen minyak terpilih atau transaksi dalam talian, menggunakan aplikasi TnG bagaimanapun membongkar kewujudan penjualan kad NFC di beberapa platform online dengan harga berlipat kali ganda.

Pihaknya juga menerima empat aduan rasmi melibatkan kad NFC dan 13 iklan jualan melibatkan beberapa platform online dalam tempoh April hingga 25 September lalu.

Mengulas lanjut, Alexander menjelaskan bahawa berdasarkan semakan dan maklumat daripada pengelola platform pasaran online, sebanyak 11 premis merangkumi kediaman peribadi serta bangunan perniagaan diperiksa berhubung kes sama.

Pasca pemeriksaan awal, sebanyak enam notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan kepada pihak terbabit, yang antara lain menuntut supaya maklum balas atau penjelasan rasmi dikemukakan kepada Bahagian Penguat  Kuasa KPDNHEP. Kegagalan berbuat demikian, pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21(5) AKHAP 2011 kerana enggan atau gagal mengemukakan maklum balas.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi Utusan Malaysia.

Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP dan pengurusan kanan kementerian akan mengadakan pertemuan dengan syarikat TnG yang dijangka akan berlangsung pada minggu ini.

Ia bertujuan mendapatkan status kaedah semasa penjualan dan isu kekurangan bekalan kad NFC pada saat ini.

Pihak KPDNHEP juga menyeru orang ramai untuk menyalurkan aduan dan maklumat kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP berhubung isu sama untuk tindakan lanjut melalui:

  • WhatsApp: 019-279 4317/019-848 8000.
  • Portal Aduan: e-aduan.kpdnhep.gov.my
  • Call Centre: 1-800-886-800
  • Emel: e-aduan@kpdnhep.gov.my dan Ez ADU KPDNHEP.

Sebarang perkembangan mengenai hasil pertemuan antara KPDNHEP dengan syarikat TnG akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi Utusan Malaysia.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd