Now Reading
Dua Cawangan Gerai Nasi Ayam Itik Yang Tular Di Pulau Pinang Tiada Lesen Halal – JHEAIPP

Dua Cawangan Gerai Nasi Ayam Itik Yang Tular Di Pulau Pinang Tiada Lesen Halal – JHEAIPP

Hasil siasatan pihak JHEAIPP bersama KPDNHEP Pulau Pinang juga mendapati makanan itu dimasak di cawangan Persiaran Gurney dan dihantar untuk dijual di gerai Sungai Ara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mendapati sebuah gerai makanan nasi ayam itik yang tular sejak semalam berhubung dakwaan mengambil bekalan makanan daripada restoran bukan Islam, tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Pemangku Pengarah JHEAIPP, Mohd Hanif Omar @ Wahab berkata, pemeriksaan di satu lagi cawangan gerai itu di pusat membeli belah di Persiaran Gurney turut mendapati ia tidak memiliki SPHM.

Muhd Hanif berkata, gerai di Sungai Ara tidak dibuka dan cawangan di Persiaran Gurney masih beroperasi.

Cawangan Persiaran Gurney hantar makanan ke gerai di Sungai Ara

“Hasil siasatan JHEAIPP bersama Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mendapati makanan itu dimasak di cawangan Persiaran Gurney turut dihantar untuk dijual di gerai Sungai Ara,” katanya dalam kenyataan media, semalam (16 Ogos).

Menurut Mohd Hanif, pihaknya sudah menasihatkan dua lelaki iaitu pemilik gerai berkenaan agar memohon SPHM daripada JHEAIPP.

Tambahnya, siasatan yang dijalankan di restoran nasi ayam dan itik bukan Islam di Paya Terubong juga didapati tidak memilik SPHM.

Hantar ke restoran Paya Terubong untuk diberi pada anjing dan basuh bekas makanan

“Pemilik gerai di Sungai Ara dan cawangan di Persiaran Gurney hanya menghantar makanan yang tidak habis dijual ke restoran Paya Terubong untuk diberi makan kepada anjing peliharaan pemilik premis berkenaan dan membasuh bekas-bekas serta peralatan makanan di sana.”

Pemangku Pengarah JHEAIPP, Mohd Hanif Omar @ Wahab

Terdahulu, tular satu rakaman di media sosial mendakwa perniagaan nasi ayam, itik viral di Sungai Ara mengambil bekalan makanan daripada sebuah restoran tidak halal di Paya Terubong, Pulau Pinang.

Menerusi rakaman yang diambil, kelihatan jelas dua remaja lelaki sedang menghantar bekas nasi dan hidangan makanan ke restoran terbabit.

Susulan dari itu, satu video penjelasan telah dimuat naik oleh seorang wanita yang dipercayai pemilik kedai terbabit. Dia mendakwa bahawa bekas nasi dan hidangan terbabit hanya dihantar bagi tujuan untuk dicuci sahaja.

BACA JUGA: Kecoh Kedai Nasi Ayam Itik Viral Didakwa Ambil Makanan Dari Restoran Tak Halal, JHEAIPP Lakukan Siasat [Video]


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd