“Jangan Terpedaya Dengan Istilah Low Fat” – Wanita Ini Jelaskan Susu Apa Yang Bagus Untuk Diet
Susu rendah lemak mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi berbanding susu penuh krim yang mampu meningkatkan insulin.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Nak dapatkan berat badan ideal bukanlah sesuatu yang senang dan agak mencabar bagi sesetengah individu.
Jika ditanya, pasti ramai yang mengamalkan pengambilan susu dalam diet mereka kerana ianya mempunyai protin dan nutrisi yang sihat untuk tubuh badan.
Namun adakah anda bersetuju bahawa susu jenis rendah lemak adalah lebih bagus daripada susu penuh krim?
Susu Low Fat Atau Susu Full Cream Yang Lebih Berkhasiat?
Orang ramai sering berasa keliru apabila bercakap tentang susu apa yang lebih sesuai diminum untuk mereka yang sedang berdiet.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@salwanisuhaimi), wanita ini berkongsi ilmu tentang susu manakah yang lebih disarankan pengambilannya buat mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan.
Kepada yang tidak tahu, susu rendah lemak agak kurang sesuai untuk mereka yang berdiet kerana kandungan gulanya yang lebih tinggi berbanding susu penuh krim.
Menurut Salwani, mereka yang ingin diet seharusnya memberi fokus pada proses lipolisis (pemecahan lemak).
Ini kerana, pengambilan gula yang banyak sekaligus akan menghasilkan insulin yang tinggi dan menyebabkan proses lipolisis terhalang, lapor Hello Doktor.
Apa itu insulin? Insulin adalah hormon dihasilkan oleh organ dalaman iaitu pankreas yang berfungsi untuk membantu tubuh badan mengawal kadar gula dalam darah.
Kalau anda memilih untuk terus mengamalkan susu rendah lemak berbanding susu penuh krim untuk berdiet, tidak hairanlah berat badan anda tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Jadi, lepas ini kalau anda mahukan tubuh badan yang lebih sihat pilih susu low fat okay?
Nak Kawal Gula Dalam Darah? Ini Kandungan Nutrisi Dalam 3 Jenis Susu
Kalau anda singgah ke kedai runcit atau pasar raya, pasti banyak pillihan susu yang boleh didapati. Tetapi susu manakah yang betul-betul berkhasiat dan mempunyai banyak nutrisi?
Jom kami kongsikan tiga jenis susu yang berada di pasaran berserta kandungan nutrisi. Antaranya:
1. Susu Lembu
Susu lembu mempunyai kandungan karbohidrat, protin serta lemak yang seimbang untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah.
- Kalori: 150
- Karbohidrat: 12g
- Protein: 8g
- Lemak: 8g
2. Susu Soya
Mempunyai kurang kandungan karbohidrat dan rasa yang neutral.
- Kalori: 80
- Karbohidrat: 4g
- Protein: 8g
- Lemak: 3g
3. Susu Badam Tanpa Gula
Sesuai buat mereka yang suka rasa kacang dan mempunyai kandungan karbohidrat serta protein yang sesuai untuk pengawalan gula.
- Kalori: 30
- Karbohidrat: 1g
- Protein: 1g
- Lemak: 2.5g
Baca Artikel Berkaitan: Hilang 6 KG dalam 7 Hari, Wanita Ini Kongsi Cara Diet ‘General Motor’
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Diet Berasaskan Tumbuhan Beri Anda Manfaat? Ini Pendapat Pakar Dietetik
Baca Artikel Berkaitan: Gadis Ini Kongsi Tips Diet Sihat. Berat Dari 89 KG Turun Kepada 57 KG!
Sumber: TikTok (@salwanisuhaimi) | Hello Doktor
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram