Now Reading
Isu Kereta Baharu Beli 8 Jam Rosak, Ini Respon Balas Pemilik Bezza Terhadap Kenyataan Rasmi Perodua

Isu Kereta Baharu Beli 8 Jam Rosak, Ini Respon Balas Pemilik Bezza Terhadap Kenyataan Rasmi Perodua

Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales, JH Rozman Jaafar sebelum ini berkata, pihaknya telah mengambil beberapa langkah penyelesaian antaranya seperti penawaran kereta sementara serta pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (3 Januari), kecoh di media sosial luahan seorang wanita yang dikenali sebagai Nagakanni Subramaniam mengenai kereta Perodua Bezza yang baru dibelinya rosak selepas tempoh 8 jam.

Hasil siasatan awal oleh pusat servis mendapati kerosakan didakwa berpunca daripada benda asing seperti gula yang terdapat dalam enjin.

Nagakanni menolak dakwaan tersebut dan memohon agar syarikat berkenaan mencari jalan penyelesaian berhubung isu terbabit.

Namun selepas lebih dua bulan, masih tiada penyelesaian dan isu berkenaan masih juga tergantung walhal dia perlu membayar komitmen bulanan kepada bank.

Walau bagaimanapun malam tadi (3 Januari), Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) Sales Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales, JH Rozman Jaafar pihaknya sudah berkomunikasi dengan pelanggan sejak Oktober lalu.

Sejak itu, pihaknya telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu termasuklah menawarkan kereta sementara untuk digunakan serta menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan.

Rozman menerusi kenyataan itu juga menepis dakwaan bahawa tiada tindakan yang diambil terhadap isu tersebut dan memberi jaminan kes tersebut akan menjadi keutamaan.

Official statement from our COO of Perodua, Encik JH Rozman Jaafar.

Posted by Perodua on Wednesday, 3 January 2024

Pemilik Dakwa Masih Tiada Solusi Daripada Pihak Perodua

Membalas ke atas respon rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Perodua, Nagakanni mendedahkan masih tiada solusi daripada pihak syarikat berkenaan isu tersebut.

Menerusi hantaran terbaharu di Facebook miliknya, dia turut mengulas semula beberapa kenyataan Perodua yang padanya bercanggah dengan fakta sebenar.

“Saya dimaklumkan Perodua dah jawab, tapi saya nak betulkan sedikit fakta.

“Solusi Perodua adalah untuk saya beli kereta kedua dengan cara submit loan kereta kedua.

“Ada jaminan secara hitam putih tak yang kata kereta pertama saya akan dibeli semula dan saya tak perlu bayar loan pertama? Tiada.”

Malah, dia menegaskan belum ada apa-apa maklumat secara terperinci mengenai pembelian balik, tempoh pembelian balik, pembayaran pinjaman dan lain-lain meskipun sudah lebih dua bulan ianya terjadi.

Malah, wanita ini berkata dia bersedia sekiranya jika benar Perodua mahu membeli semula keretanya.

Perodua dah jawab, tapi masih tiada solusi. First of all, terima kasih pada you guys semua yang share dan viralkan…

Posted by Nagakanni Subramaniam on Wednesday, 3 January 2024

Mohon Perodua Bantu Cari Jalan Penyelesaian

Tambah Nagakanni lagi, kenyataan yang dikeluarkan olehnya itu bukanlah untuk menimbulkan masalah namun dia hanya mahu pihak syarikat memberi penyelesaian terhadap isu yang dihadapi.

“Jangan buat kenyataan media hanya untuk redakan suasana tapi sebenarnya tak selesaikan pun masalah saya. Saya nak penyelesaian, bukan nak cari gaduh atau viral,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Buntu Kereta Baru Terima 8 Jam Dah Rosak, Pusat Servis Dakwa Berpunca Dari Bendasing Seperti Gula Di Enjin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd