Now Reading
[Video] Perodua Bezza Selamba Potong 9 Kenderaan Di Garisan Berkembar Bikin Ramai Berang

[Video] Perodua Bezza Selamba Potong 9 Kenderaan Di Garisan Berkembar Bikin Ramai Berang

Kejadian pemandu Perodua Bezza yang memotong garisan berkembar itu dipercayai berlaku di Jalan Kundasang-Ranau, Sabah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum Hari Raya Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi selepas hampir sebulan umat Islam berpuasa.

Kemeriahan orang awam dalam menyambut perayaan tersebut bukan sahaja dapat dilihat dari kunjungan orang ramai beli-belah di bazar raya, malah lebuh raya juga telah mula sesak sejak beberapa hari lalu.

Ramai juga netizen dilihat berkongsi pengalaman mereka tersekat di lebuh raya untuk tatapan orang ramai.


Perodua Bezza Potong 9 Kenderaan Di Garisan Berkembar

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@eldikafadriz), menunjukkan keadaan trafik sesak dipercayai sekitar Jalan Kundasang-Ranau, Sabah.

Namun begitu, jalan sesak dan kereta yang bergerak dengan perlahan itu hanya kelihatan di satu arah sahaja manakala laluan bertentangan dilihat kosong.

Namun tidak lama kemudiannya, kelihatan sebuah Perodua Bezza tiba-tiba keluar dari barisan dan memotong sembilan buah kenderaan di garisan berkembar. Kereta berwarna putih itu dilihat dengan selamba memasuki semula lorong tersebut di hadapan sebuah kenderaan berat.

Lebih membahayakan adalah situasi tersebut berlaku di kawasan selekoh.

Walau bagaimanapun, semua kenderaan berada dalam keadaan baik tanpa terlibat dalam sebarang kemalangan.

@eldikafadriz

Silap ja sikit org ni, memandu sampai alam barzakh terus.

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Netizen Berang Lihat Tindakan Melulu Pemandu Bezza

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang melihat tindakan tidak berhemah pemandu Bezza itu.

“Benci orang yang pentingkan diri macam ni. Kalau kemalangan tak babitkan orang lain takpe juga, ni orang yang tak bersalah mati gara-gara dia,” kata seorang individu.

Malah, ada yang berkata pemandu Bezza sepatutnya bergerak lebih awal untuk ke destinasi sekiranya tidak mampu menghadap trafik sesak.

“Aku benci manusia macam ni, Kita penat-penat ikut laluan, dia lah yang terpaling cepat nak sampai. Kalau tak nak jammed, balik la awal-awal,” ujar seorang wanita.

Orang ramai dalam masa sama menitipkan pesanan kepada pemandu Bezza agar tidak melakukan perkara yang mampu memudaratkan individu lain.

“Tak ingat kepada insan tersayang dan orang lain. Pemilik bezza tu harus berhati-hati, jangan bertindak melulu. Fikir orang lain,” jelas seorang warganet.

Sumber: TikTok

Pemandu Potong Garisan Berkembar Boleh Dikompaun

Untuk info, memotong garisan berkembar merupakan antara kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pemandu semasa berada di jalan raya. Kesalahan tersebut sering berlaku apabila seseorang itu mahu mengelak jalan yang sesak atau sedang bergegas menuju ke satu destinasi.

Namun begitu anda boleh dikompaun sejumlah RM300 sekiranya didapati melakukan kesalahan memotong ‘double line’ di bawah Subkaedah 17B (1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Bukan itu sahaja, empat mata demerit juga akan ditolak buat pemandu motosikal selain kenderaan barangan dan bas. Manakala sebanyak enam mata demerit untuk pemandu kenderaan barangan dan bas.

Oleh disebabkan itu, berhemahlah di jalan raya bagi mengelakkan musibah berlaku kepada diri anda serta pemandu yang lain. Hati-hati semua!

Sumber: Sabah Post/Utusan
Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Hampir Terlibat Dalam Kemalangan Lepas Kereta Polis Langgar ‘Double Line’ Di Selekoh

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Trak Pikap Rempuh 4 Beranak Naik Motosikal Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Warga Emas Kemalangan Motor Pukul 5 Pagi Sambil Tahan Sejuk Seorang Diri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd