Now Reading
[Video] Pemandu Hampir Terlibat Dalam Kemalangan Lepas Kereta Polis Langgar ‘Double Line’ Di Selekoh

[Video] Pemandu Hampir Terlibat Dalam Kemalangan Lepas Kereta Polis Langgar ‘Double Line’ Di Selekoh

Kereta milik PDRM itu bertindak memotong ‘double line’ di selekoh jalan raya walaupun terdapat kenderaan muatan berat di hadapan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hampir setiap hari, ada sahaja kes kemalangan dilaporkan berlaku melibatkan pemandu jalan raya. Hal tersebut boleh disebabkan oleh pemanduan yang kurang berhemah atau kecuaian seseorang individu.

Malah untuk kepentingan diri sendiri, ramai di kalangan pengguna jalan raya sanggup melanggar peraturan sedia ada. Sebagai contoh melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju ditetapkan, memotong garisan berkembar dan sebagainya.

Namun, perkara tersebut tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia mampu memudaratkan keselamatan orang awam yang lain.


Kereta Milik Polis Langgar ‘Double Line Di Selekoh

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @amir_susu) menyaksikan kereta milik pengguna jalan raya dikenali sebagai Amir hampir terlibat dalam satu kemalangan.

Menerusi video dashcam kenderaannya, sebuah kereta milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat telah memotong kenderaan di bahagian lorong kanan jalan walaupun terdapat garisan berkembar atau ‘double-line’.

Anggota polis tersebut bertindak memotong kenderaan lain walaupun terdapat lori-lori muatan berat berada di hadapannya.

“Double line, corner blind spot, kenapa masih nak potong di situ?” ujar pengguna jalan raya tersebut.

Namun begitu, Amir yang dikatakan sedang memberikan tumpuan penuh ketika memandu telah sempat mengelakkan kereta daripada terbabas iaitu dengan membelok ke kiri.

Hasil semakan kami mendapati pihak PDRM masih belum memberikan sebarang kenyataan tentang kejadian tersebut.


Reaksi Netizen Lihat Pihak Berkuasa Langgar Peraturan Jalan Raya

Menjengah ke ruangan balas ciapan, rata-rata warganet meluahkan rasa berang terhadap pihak berkuasa yang melakukan kesalahan semasa memandu di selekoh bahaya.

“Buat hal lagi. Baran aku dengan pihak polis lately ni,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ada juga yang bertanya sama ada Amir membunyikan hon atau pun tidak. Tetapi disebabkan terlalu terkejut dengan kejadian yang berlaku depan mata, pemandu itu tidak sempat berbuat demikian.

“Tidak terfikir (bunyikan hon). Tidak sangka langsung ada kereta depan mata,” jelas Amir.

Malah, ada juga yang turut mempertikaikan kelakuan pihak polis kerana jika kesalahan tersebut dilakukan oleh orang awam, pasti mereka akan dikenakan penalti atau saman.

“If this was rakyat biasa, confirm kena saman kan? Jangan hipokrit. Macam mana nak tegakkan orang awam kalau pegawai PDRM pun tak ikut undang-undang?” ujar seorang warganet.

Dalam pada itu, seorang pengguna laman X telah berkongsi pengalaman lebih kurang sama yang pernah dilaluinya sebelum ini melibatkan kenderaan memotong secara melulu.

“Pernah kena macam ni. Bayangkan kereta lain elok je duduk dalam line sekali ada individu lain tiba-tiba potong barisan. Auto tarik strereng ke tepi. Dah la jalan sempit,” kata seorang individu.

Sumber: X

Pemandu Potong ‘Double Line’ Boleh Kena Kompaun

Untuk info, memotong garisan berkembar merupakan antara kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pemandu semasa berada di jalan raya. Kesalahan tersebut sering berlaku apabila seseorang itu mahu mengelak jalan yang sesak atau sedang bergegas menuju ke satu destinasi.

Namun begitu anda boleh dikompaun sejumlah RM300 sekiranya didapati melakukan kesalahan memotong ‘double line’ di bawah Subkaedah 17B (1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Bukan itu sahaja, empat mata demerit juga akan ditolak buat pemandu motosikal selain kenderaan barangan dan bas. Manakala sebanyak enam mata demerit untuk pemandu kenderaan barangan dan bas.

Oleh disebabkan itu, berhemahlah di jalan raya bagi mengelakkan musibah berlaku kepada diri anda serta pemandu yang lain. Hati-hati semua!

Sumber: Sabah Post/Utusan
Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Trak Pikap Rempuh 4 Beranak Naik Motosikal Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Warga Emas Kemalangan Motor Pukul 5 Pagi Sambil Tahan Sejuk Seorang Diri

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Singapura Didakwa Jadi Punca 2 Penunggang Motosikal Terlibat Kemalangan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd