[Video] Warga Emas Kemalangan Motor Pukul 5 Pagi Sambil Tahan Sejuk Seorang Diri
Pakcik itu menggigil kesejukan ketika ditemui selepas dilihat terduduk seorang diri di jalan raya akibat motosikalnya yang jatuh tergelincir.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jika berbicara tentang gerangan bernama ayah, pasti ramai akan menjadi sebak lebih-lebih lagi apabila teringat bapa di kampung halaman yang semakin menua.
Kasih ayah kepada anaknya memang tiada tandingan. Sebagai contoh, ada ayah yang sanggup menunggu anaknya setiap hari di luar pejabat untuk makan tengah hari bersama-sama.
Artikel Berkaitan: [Video] Bapa Sanggup Tunggu Anak Depan Pejabat Setiap Hari Untuk Makan Bersama
Pakcik Terduduk Di Jalan Raya Seorang Diri Selepas Motor Tergelincir Jatuh Jam 5:00 Pagi
Baru-baru ini, tular sebuah video di muat naik di laman TikTok (@syakirbelon4.0) menunjukkan situasi yang membuatkan ramai sebak apabila seorang pakcik dikatakan terduduk di atas jalan raya selepas memberitahu motosikalnya jatuh tergelincir.
Difahamkan jalan raya yang licin kerana hujan menyebabkan motosikalnya tidak dapat dikawal sebelum terlibat dalam kemalangan kecil seorang diri sekitar jam 5:00 pagi sehingga menyebabkan sikunya berdarah.
Pakcik itu juga kelihatan menggigil kesejukan ketika ditemui oleh pengguna TikTok bersama rakan-rakannya semasa melalui jalan tersebut.
Bila kami cuma tanya, pakcik ini rupanya dalam keadaan nyanyuk. Pukul 5 pagi dia kata petang padahal langit gelap sangat-sangat. Kata nak jumpa anak dia dekat area menuju ke Istana Negara.
Pengguna TikTok @syakirbelon4.0

Sekumpulan Pemuda Bawa Pakcik Tersebut Ke Balai Polis
Pada awal video, kumpulan individu ini cuba memujuk pakcik itu untuk dibawa ke balai polis tetapi ditolak kerana katanya tidak mahu menyusahkan orang lain.
Namun, keadaan lebih merisaukan lagi apabila telefon pakcik berkenaan telah kehabisan bateri dan brek motosikal berkemungkinan telah putus.
Disebabkan risau dengan keadaan pakcik tersebut, mereka membawa juga warga emas itu ke balai polis menaiki kereta.
Waktu ni salah seorang dari kami bawa motor tu sebab terlalu bahaya untuk pakcik tu bawa sebab brek motor rosak.
Pengguna TikTok @syakirbelon4.0
Akhirnya, pakcik itu selamat diserahkan kepada pihak berkuasa untuk membantunya.
Alhamdulillah kitaorang serahkan pakcik itu ke pihak berkuasa untuk tolong. Kami doakan pakcik dipermudahkan urusan.
Pengguna TikTok @syakirbelon4.0
Video tersebut yang telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 728,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Netizen Sebak Lihat Keadaan Pakcik Tua Itu Kemalangan Seorang Diri Di Jalan Raya
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang meluahkan rasa sebak selepas melihat video itu kerana ia dikatakan mengingatkan kepada bapa mereka.
Dalam pada itu, netizen turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang membantu pakcik berkenaan di dalam keadaannya yang baru terlibat dalam kemalangan seorang diri.

Kepada yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka dengan sentiasa bertanya khabar.
Mungkin ada perkara yang disimpan dan tidak diceritakan kepada anak-anak kerana mahu membuatkan anda risau. Sekali-sekala, jenguklah mereka di kampung.
Hargai selagi masih bernyawa.
Artikel Berkaitan: [Video] Bapa Menangis Rindukan Anak Tapi Kena ‘Block’ Di WhatsApp Pula
Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Sebak Tengok Anak Perempuan Tamat Belajar Sampai Tak Henti Keluar Air Mata
Artikel Berkaitan: Ajar Menari Bollywood Depan Pentas, Effort Si Ayah Tolong Anak Perempuan Curi Tumpuan Ramai
Sumber: TikTok @syakirbelon4.0
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.