Now Reading
[Video] Pemandu Singapura Didakwa Jadi Punca 2 Penunggang Motosikal Terlibat Kemalangan

[Video] Pemandu Singapura Didakwa Jadi Punca 2 Penunggang Motosikal Terlibat Kemalangan

Lelaki berkenaan yang dipercayai memandu kereta dengan nombor plat Singapura dilihat tidak memberikan lampu hazard ketika memberhentikan kenderaan di laluan tengah jalan raya.

kemalangan pemandu singapura (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun setiap kereta sudah dicipta dengan adanya lampu signal, tetapi masih wujud juga sesetengah pemandu yang tidak menggunakannya untuk menukar laluan.

Panas hati juga kalau ada pemandu yang secara tiba-tiba memasuki laluan tanpa memberi isyarat kepada pengguna jalan raya yang lain.

Bahaya ya kerana ia boleh menyebabkan kemalangan dan mengakibatkan kecederaan.


Pemandu Dipercayai Warga Singapura Jadi Punca 2 Penunggang Motosikal Kemalangan Di Jalan Raya

Menerusi video dimuat naik di laman X (Twitter @annazrulan), seorang pemandu dipercayai membawa kereta dengan nombor plat dari Singapura dilihat telah menjadi punca dua orang penunggang motosikal mengalami kemalangan di jalan raya.

Insiden pertama berlaku apabila pemandu lelaki itu mahu menukar laluan selepas memberi isyarat lampu signal.

Namun, kecuaiannya yang tidak melihat kehadiran penunggang motosikal dari arah belakang membuatkan rider itu bersama seorang pembonceng berlanggar dengan kereta berwarna hitam berkenaan.

Jika dilihat dalam video itu, boleh tahan laju juga motosikal terbabit dibawa sebelum insiden perlanggaran berlaku.

Selepas kejadian tersebut, pemandu berkenaan memberhentikan kenderaannya di laluan tengah bagi melihat keadaa kedua-dua mangsa.

Kejadian pertama melibatkan seorang penunggang motosikal dan pembonceng. (Sumber: X (Twitter @annazrulan))

Walau bagaimanapun, sikap cuai sekali lagi berlaku apabila pemandu berkenaan tidak menyalakan lampu isyarat hazard sebelum membuka pintu kereta.

Insiden di lokasi yang sama berlaku apabila seorang penunggang motosikal mahu mengelakkan diri selepas pemandu berkenaan membuka pintu kereta secara mengejut.

Kejadian terbabit turut menyebabkan penunggang motosikal dalam insiden kedua melanggar kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih sebelum terjatuh ke atas jalan raya.

Kedua-dua kemalangan itu dipercayai berlaku pada Selasa lalu (28 November) sekitar jam 5:56 petang. Namun, lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti.


Netizen Bengang Tengok Pemandu Tak Waspada Ketika Di Jalan Raya

Perkongsian video itu menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya bengang melihat tindakan pemandu berkenaan yang tidak berwaspada ketika berada di jalan raya.

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa pemandu lelaki itu mempunyai nasib malang di lokasi tersebut kerana dua insiden berlaku serentak.

Namun, sesetengah netizen pula memberi pandangan bahawa penunggang motosikal juga tidak sepatutnya membawa kenderaan mereka dengan laju oleh kerana jalan yang sesak.


Apa Perlu Buat Jika Kereta Rosak Tepi Jalan?

Apabila berlaku sesuatu kecemasan semasa berada di jalan raya, di situlah fungsi lampu hazard untuk dinyalakan bagi memberi amaran kepada pengguna yang lain.

Kebiasaannya, papan tersebut yang berbentuk segi tiga itu berukuran kira-kira 600mm yang diperbuat daripada material reflektif berwarna merah.

Memetik sumber PanduLaju, papan segi tiga amaran (warning triangle) juga perlu diletakkan mengikut jarak yang ditetapkan iaitu kira-kira 45 meter dari belakang kereta yang rosak atau kemalangan.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Jika Kereta ‘Mati’ Di Tengah Jalan? Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Baca Artikel Berkaitan: Bila Kemalangan & Kereta Selesai ‘Towing’, Ini 6 Perkara Korang Perlu Lakukan!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd