Now Reading
“Tetap Amanah” – Rider Minta Adik Hantar Order Pelanggan Lepas Terlibat Kemalangan

“Tetap Amanah” – Rider Minta Adik Hantar Order Pelanggan Lepas Terlibat Kemalangan

Pemilik video menjelaskan abangnya yang bekerja sebagai rider GrabFood terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan motosikalnya rosak dan terpaksa menahan kesakitan.

[Video] Rider GrabFood Minta Tolong Adik Hantarkan Order Pelanggan Gara-gara Kemalangan Motor

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila sebut sahaja rider penghantar makanan, memang terus teringat pelbagai pengorbanan mereka yang membuatkan ramai terharu.

Ada yang sanggup redah banjir menaiki motosikal mereka demi memastikan pesanan makanan oleh pelanggan dapat dihantar.

BACA JUGA: [Video] “Berani Lu Bro” – Tular Rider Rela Redah Banjir Demi Nak Hantar Makanan

Boleh dikatakan setiap kali rakyat Malaysia menghadapi masalah, pasti akan ada abang rider yang datang menyelamat pada hari itu. Memang tabiklah!

Rider GrabFood Minta Tolong Selesaikan Tugas Hantar Makanan Kepada Pelanggan

Tular di media sosial apabila seorang pengguna TikTok (@hanisx) memuat naik sebuah video menunjukkan seorang rider GrabFood memberi arahan kepada lelaki berbaju hitam untuk berbuat sesuatu.

Rider berkenaan juga dilihat menyerahkan telefon yang dipegang olehnya dan sebuah plastik bungkusan makanan kepada lelaki berbaju hitam tersebut.

Dalam video itu, raut wajah rider tersebut kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Video tersebut telah meraih 1.1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@hanisx/video/7168325582604815643?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Rupa-rupanya Lelaki Berbaju Hitam Itu Adik Kepada Rider GrabFood Tersebut

Dalam satu lagi hantaran video, pemilik video menjelaskan kedua-dua lelaki di dalam rakaman itu merupakan abangnya.

Gadis ini menjelaskan abangnya yang bekerja sebagai rider GrabFood terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan motosikalnya rosak dan terpaksa menahan kesakitan.

Disebabkan itu, dia tidak dapat meneruskan tugas dan menghubungi adiknya yang berbaju hitam di dalam video berkenaan untuk meneruskan tugasnya menghantar makanan kepada pelanggan.

https://www.tiktok.com/@hanisx/video/7168666527263231258?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ramai Puji Sikap Rider Masih Amanah Dengan Tugas Walaupun Ditimpa Kemalangan

Video rider tersebut meminta pertolongan adik lelakinya itu mendapat perhatian serta pujian daripada pengguna media sosial.

Meskipun ditimpa kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan menghantar makanan, namun rider ini tetap amanah menjalankan tugasnya.

Yang penting, makanan sampai kepada pelanggan.

Rakyat Malaysia yang melihat video itu turut mendoakan agar rider itu dimurahkan rezeki dan diberi kesejahteraan dalam hidupnya atas kebaikan yang dilakukan.

Semoga segala urusan semua rider di luar sana dipermudahkan!

BACA JUGA: [Video] Rider GrabFood Tolong Hidang, Gaul & Kipas Makanan Untuk Anjing. Mulianya Hati

BACA JUGA: [Video] Netizen Bangga Geng ‘Rider’ Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Langat

BACA JUGA: [Video] Lupa Beri Makan Kucing, Rider HappyFresh Datang Bantu. Siap Tunggu & Kemaskan!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd