Now Reading
Pemandu Trak Pikap Rempuh 4 Beranak Naik Motosikal Ditahan Polis

Pemandu Trak Pikap Rempuh 4 Beranak Naik Motosikal Ditahan Polis

Pemandu Ford Ranger berusia 21 tahun itu telah ditahan pihak polis selepas melanggar empat sekeluarga yang menunggang motosikal di Lebuhraya Besraya berhampiran persimpangan Puchong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila berada di atas jalan raya, memang tak dapat nak agak apakah yang akan berlaku kepada diri sendiri.

Walaupun semua individu mahukan perjalanan ke destinasi dengan keadaan selamat, namun kadangkala kemalangan tidak dapat dielakkan.

Inilah yang berlaku kepada sebuah keluarga apabila terlibat dalam kemalangan selepas dilanggar oleh seorang pemandu jalan raya.


Empat Beranak Tunggang Motosikal Dilanggar Trak Pikap

Menerusi perkongsian video dashcam yang tular, sebuah trak pikap jenis Ford Ranger telah melanggar sebuah motosikal ditunggang oleh empat beranak di Lebuhraya Besraya berhampiran persimpangan Puchong, Selangor.

Dalam hantaran tersebut, pemandu trak pikap yang asalnya berada di lorong kanan telah menukar laluannya ke lorong kiri sehingga menyebabkan dia menghimpit motosikal tersebut sehingga jatuh.

Sejurus terjatuh daripada motosikal, pasangan ibu bapa yang juga merupakan mangsa kejadian dengan segera mengangkat kedua-dua orang anak di jalan raya.

Malah pemandu lain yang berada di tempat kejadian juga telah memberhentikan kenderaan untuk menolong mangsa kemalangan.

Walau bagaimanapun, insiden tersebut difahamkan bukan satu kejadian langgar lari. Seperti yang boleh dilihat pada penghujung video, seorang lelaki dipercayai suspek telah berlari ke lokasi kemalangan untuk melihat keadaan empat sekeluarga tersebut.


Polis Tahan Pemandu Trak Pikap

Susulan kemalangan mengejutkan itu, pemandu trak pikap yang memandu secara melulu telah pun ditahan oleh pihak polis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, kejadian pada Selasa (12 Disember) telah menyebabkan penunggang motosikal serta anaknya tercedera.

“Kemalangan membabitkan motosikal ditunggang suami isteri berusia 30 tahun bersama anak mereka berumur lima dan tujuh tahun, manakala Ford Ranger dipandu lelaki berumur 21 tahun.

“Dalam insiden itu, penunggang motosikal dan anaknya cedera ringan, manakala individu lain tidak cedera,” jelasnya.

Kes kemalangan terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan.

Beliau dalam masa sama menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kes untuk menghubungi pejabat JSPT, Kuala Lumpur di talian 03-20719999 bagi membantu siasatan lanjut.

Sumber: Facebook JSPT KL

Tips Keselamatan Jalan Raya

Sekiranya anda berada di jalan raya, terdapat beberapa tips keselamatan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang perlu dipatuhi. Antaranya:

  • Mematuhi jarak selamat antara kenderaan.
  • Memakai tali pinggang keledar.
  • Memetahui had laju tersedia di jalan raya.
  • Tidak melanggar lampu isyarat.
  • Jangan memandu ketika dalam keadaan mabuk.
Sumber: Pexels/Carlist/Zinnia Health

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Penunggang Motosikal Dirempuh Bas Sekolah Di Tepi Jalan Raya

Baca Artikel Berkaitan: Bas Langgar Jambatan & Terbakar, 20 Jemaah Umrah Maut Di Arab Saudi

Baca Artikel Berkaitan: Budak 3 Tahun Maut Dirempuh Trak Pikap Ketika Main Skuter Dalam Taman Perumahan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd