Now Reading
“Drift Sebelah King” – Perodua Axia Berpusing Di Selekoh Licin Undang Perhatian Ramai

“Drift Sebelah King” – Perodua Axia Berpusing Di Selekoh Licin Undang Perhatian Ramai

Menurut lelaki yang berkongsi video dashcam, jalan licin itu disebabkan oleh cuaca hujan sebelum kejadian Axia berpusing berlaku.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, keselamatan merupakan aspek utama yang perlu dititik beratkan oleh semua pemandu semasa berada di atas jalan raya.

Hal ini kerana pemanduan yang tidak selamat mampu mengancam keselamatan nyawa bukan sahaja diri anda malah, pengguna jalan raya yang lain.

Pemanduan berhemah juga perlu ditekankan terutamanya jika anda berada di kawasan cerun atau berbukit. Jika tersilap langkah, padah jawabnya.


Axia Berpusing Di Selekoh Akibat Jalan Licin

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@fadzil1048), menyaksikan satu situasi berbahaya yang sedang berlaku di atas jalan raya dipercayai ketika turun dari Genting Highlands.

Menerusi video dashcam yang dikongsi oleh seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Fadzil, keadaan sekeliling kelihatan normal pada awalnya, namun sebuah kereta Perodua Axia dilihat secara tiba-tiba memecut di lorong kanan lalu berpusing hampir 360 darjah sebelum ia berhenti.

Kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada jalan raya yang licin pada ketika itu. Menurut Fadzil di ruangan kapsyen, pengguna Axia memandu dengan kelajuan yang tinggi selepas hujan melanda.

Sumber: TikTok (@fadzil1048)

Baca Artikel Berkaitan: 6 Maut & 9 Cedera, Van Persiaran Terbabas Langgar Penghadang Jalan Ketika Turun Dari Genting Highlands


Axia Tidak Terbabas Dengan Kereta Lain

Axia tersebut dalam masa sama bernasib baik kerana tidak terbabas dengan mana-mana kereta lain semasa kejadian terjadi. Kelihatan kereta tersebut berada di lorong yang betul walaupun selepas berpusing.

Bagaimanapun, setakat ini kami tidak dapat mengesahkan keadaan si pemandu selepas insiden itu.

@fadzil1048 NAK KEMANA JE TU..DAH TAHU LEPAS HUJAN LAGI NAK BAWAK LAJU…#gentinghighlands #gentingskyworlds #gentingoutdoorthemepark ♬ bunyi asal – MOHD FADZIL

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Situasi Axia Berpusing

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen berpendapat aksi ‘drift’ itu bukan sahaja berpunca daripada jalan licin, bahkan ia berkemungkinan berlaku disebabkan oleh keadaan tayar yang tidak sempurna.

“Kadangkala, (bunga) tayar botak, Axia batch tu takde safety drive lagi kan?” ujar seorang lelaki.

Malah, ada juga individu yang memberikan pesanan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila memandu menuruni puncak Genting Highlands.

“Kata-kata senior driver yang setiap hari naik turun genting, jangan laju ketika hujan atau berkabus. Kalau hujan dah berhenti pun, air dari atas turun. Tayar berhenti tetapi kenderaan kita bawa belum tentu berhenti dengan betul,” jelas seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga di kalangan netizen yang sempat berjenaka dengan mengatakan Axia tersebut mahu memintas kereta Perodua Myvi yang dipanggil sebagai ‘King’.

Daripada klip video, kelihatan sebuah kereta Myvi berada di sebelahnya semasa insiden itu berlaku.

“Dia (pemandu Axia) saja nak bagi tengok King (pemandu Myvi) yang dia pun boleh buat,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@fadzil1048)

Jangan Brek Mengejut Atas Jalan Licin

Buat mereka yang pernah berdepan dengan situasi sama, mungkin ada beranggapan bahawa menekan brek adalah solusi tepat. Namun begitu, penggunaan brek tidak sesuai pada setiap situasi.

Kalau anda nak tahu, brek secara mengejut semasa berada di atas jalan raya yang licin adalah satu tindakan bahaya di mana ia boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Sumber: Unsplash

Hal ini kerana brek mengejut mampu menyebabkan kenderaan tergelincir akibat cengakaman tayar yang mungkin mengambil masa lama. 

Perkara yang anda boleh lakukan adalah dengan melepaskan pedal minyak dan mengawal stereng kereta dengan cermat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Ingat, keselamatan nyawa itu adalah penting dan besar nilainya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Hampir Terlibat Dalam Kemalangan Lepas Kereta Polis Langgar ‘Double Line’ Di Selekoh

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kereta Buat ‘Drift’ Depan Tol Lebuhraya DASH, PROLINTAS Bakal Lakukan Siasatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd