Now Reading
[Video] Pemandu Toyota Supra Dicekup Polis Selepas Tular Buat ‘Drift’ Sampai Terlanggar Kereta Lain

[Video] Pemandu Toyota Supra Dicekup Polis Selepas Tular Buat ‘Drift’ Sampai Terlanggar Kereta Lain

Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 24 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman yang menunjukan sebuah kenderaan jenis Toyota Supra sedang melakukan aksi ‘drift’ di sebuah jalan awam.

Bagaimanapun, selang beberapa pusingan ‘drift’, pemandu Toyota Supra itu hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi kereta lain yang diparkir di kawasan berhampiran.

Difahamkan, kejadian tular itu berlaku di Jalan Desa Botani 1, Taman Botani, Batu Pahat pada waktu 12 tengah malam kelmarin (20 Februari).

Pemandu lelaki buat aksi ‘drift’ berjaya ditahan polis

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, susulan itu pihaknya telah menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan pemandu lelaki berusia 20 tahun itu pada jam 1.15 tengah hari semalam (21 Februari).

Menurutnya, penahanan lelaki itu dibuat selepas tular video berkenaan di Facebook pada jam 12 tengah hari semalam sehingga mendapat perhatian pihak polis.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) daerah Batu Pahat mengesan paparan video tular di Facebook menunjukkan rakaman kereta dipandu secara berbahaya sambil melakukan drift.

“Tindakan suspek menyebabkan keretanya dipandu merempuh pacuan empat roda yang diparkir di tempat kejadian.

“Bertindak atas maklumat serta hasil risikan lanjut, polis berjaya mengenal pasti pemandu dan kenderaan yang terbabit,” katanya.

Ujian air kencing dapati pemandu negatif dadah

Menurutnya lagi, ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek selepas ditahan juga mendapati dia negatif dadah.

“Pada masa sama, kereta terbabit turut disita untuk tindakan lanjut,” ujar Shahrulanuar.

Ujarnya lagi, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Berkongsi lanjut, Shahrulanuar berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini (22 Februari) untuk perintah reman.

Sekadar info, melakukan aksi ‘drift’ di atas jalan raya awam sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Buat ‘drift’ tak salah, cuma biar di tempat yang tepat

Para ‘drifter’ yang ingin berbuat demikian mestilah melakukannya di jalan yang dikhususkan seperti di trek yang tidak melibatkan kenderaan awam lain.

Drift merupakan sebuah seni dan sukan di Malaysia bahkan di seluruh dunia, melakukan aksi itu bukanlah suatu kesalahan, namun haruslah dibuat di tempat yang dikhususkan selain mematuhi aspek keselamatan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd