Now Reading
Tular Kereta Buat ‘Drift’ Depan Tol Lebuhraya DASH, PROLINTAS Bakal Lakukan Siasatan

Tular Kereta Buat ‘Drift’ Depan Tol Lebuhraya DASH, PROLINTAS Bakal Lakukan Siasatan

Perhimpunan kereta berkelajuan tinggi itu dipercayai dilakukan di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berhampiran Plaza Tol Denai Alam.

PROLINTAS Bakal Ambil Tindakan Pemandu Buat Drift Di Depan Tol Lebuhraya DASH

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Walaupun sudah banyak undang-undang dan denda yang ditetapkan kepada pesalah, tetapi masih ada pemandu yang bersikap tidak bertanggungjawab ketika berada di atas jalan raya.

Sikap samseng jalanan juga boleh dikatakan sering berlaku di Malaysia apabila sebelum ini terdapat kes di mana sebuah kereta jenis Toyota Fortuner memandu kenderaannya secara merbahaya di Johor Bahru.

Kejadian itu mengakibatkan pemandu Axia yang terlibat hampir dirempuh oleh sebuah treler yang berada di belakang.

Lebih membahayakan lagi, pemandu Axia berkenaan sedang membawa anak kecilnya bersama yang pada ketika itu sedang tidur di bahagian belakang kerusi.

BACA JUGA: [Video] Pemandu Wanita Fortuner Buli Axia Ditahan Polis & Kereta Disita


Penganjur Buat Perjumpaan Kereta Dan Buat Aksi ‘Drift’ Di Lebuhraya DASH

Baru-baru ini, tular sebuah video dimuat naik di laman Facebook (Malaysia Automotive Shitposting) menunjukkan aksi merbahaya yang dilakukan oleh pemandu sebuah kereta jenis Nissan 180SX.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berhampiran Plaza Tol Denai Alam pada minggu lalu.

Beberapa pemilik kenderaan berkelajuan tinggi yang turut berada di lokasi dipercayai sedang menyertai penganjuran perhimpunan diadakan pada waktu malam.


Netizen Kecam Perhimpunan Kereta Buat ‘Drift’ Tengah-tengah Jalan

Video aksi merbahaya yang dilakukan di tengah-tengah Lebuhraya DASH itu telah mendapat pelbagai kritikan daripada netizen di media sosial.

Ramai juga yang menyuarakan pendapat bahawa aksi ‘drift’ yang dilakukan itu akan menyebabkan kenderaan mereka perlu dibaiki kerana digunakan secara tidak betul.

Dalam pada itu, mereka juga menganggap akal fikiran pemandu tidak setinggi harga nilai kereta yang mahal.


PROLINTAS Bakal Siasat Perhimpunan Kereta Di Lebuhraya DASH

Susulan tularnya video aktiviti ‘drift’ di Lebuhraya DASH, PROLINTAS dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook (PROLINTAS Highways) memaklumkan tiada permit sah dikeluarkan oleh pihak mereka untuk aktiviti perhimpunan tersebut.

Pihak DASH, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JPST) Selangor serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu menjalankan siasatan berhubung kejadian.

Hasil pemantauan juga mendapati terdapat beberapa kesan tayar kereta ditinggalkan di sepanjang laluan terbabit.

Pihak DASH melarang sekeras-kerasnya kegiatan lumba haram di atas Lebuhraya DASH serta menashati pengguna agar sentiasa mematuhi had laju dan semua peraturan pemanduan yang telah ditetapkan.

PROLINTAS.

Bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah aksi tersebut boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain dan menimbulkan keresahan penduduk sekitar.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd