Now Reading
Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Persimpangan Elmina Ditutup, Ini Laluan Alternatif Untuk Pengguna

Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Persimpangan Elmina Ditutup, Ini Laluan Alternatif Untuk Pengguna

Persimpangan Elmina (Exit 3504) iaitu laluan keluar dan masuk ke Elmina di kedua-dua arah dari Lebuhraya Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup buat sementara.

persimpangan elmina ditutup nahas pesawat terhempas (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Satu insiden malang menimpa 10 orang mangsa selepas terlibat dalam kejadian sebuah pesawat peribadi yang terhempas di kawasan perumahan Elmina West, Seksyen U16, Denai Alam sekitar jam 3:00 petang semalam (17 Ogos).

Antara mangsa nahas tersebut adalah Exco Kerajaan Pahang, Ketua UMNO Bentong dan Adun Pelangai iaitu Datuk Sri Johari Harun.

Selain itu, pesawat yang terhempas telah melanggar seorang penunggang motosikal yang berada di jalan raya dan dipercayai motor tersebut juga terbakar di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan: Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Exco Pahang Antara Mangsa Nahas

Artikel Berkaitan: Pesawat Bawa 8 Penumpang Terhempas Di Elmina, Langgar Motosikal & Kereta


Persimpangan Elmina Ditutup Sepenuhnya Buat Sementara Waktu

Susulan lokasi kejadian yang terjejas akibat kebakaran sewaktu nahas pesawat terhempas, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) menerusi hantaran mereka di laman Facebook memaklumkan bahawa persimpangan Elmina akan ditutup sepenuhnya.

Penutupan tersebut dilakukan bertujuan untuk kerja-kerja siasatan dan proses pembersihan.

Persimpangan Elmina (Exit 3504) iaitu laluan keluar dan masuk ke Elmina di kedua-dua arah dari Lebuhraya Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembersihan dan siasatan selesai.

PROLINTAS.
Sumber: Facebook PROLINTAS

Laluan Alternatif Untuk Ke Elmina

Sebagai alternatif untuk ke Elmina dari Lebuhraya GCE, PROLINTAS memberi cadangan agar orang ramai menggunakan Persimpangan Bukit Subang (Exit 3505).

Alternatif lain yang boleh digunakan adalah melalui tol Elmina arah utara dan susur keluar Paya Jaras.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penutupan laluan serta jalan alternatif yang diberikan, boleh menghubungi talian Hotline PROLINTAS di 1800-22-8888.

Sumber: Facebook PROLINTAS

Maklumat Terkini Tentang Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina

Buat masa ini, antara maklumat terbaharu tentang nahas pesawat terhempas di Elmina adalah melibatkan kotak hitam pesawat yang berjaya dijumpai oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan.

Memetik laporan Utusan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan menjelaskan kotak hitam tersebut dijumpai ketika pasukan mereka menjalankan misi untuk mencari mayat mangsa.

Kotak hitam berkenaan akan dibawa ke makmal untuk dianalisis.

Dalam pada itu, mayat mangsa yang ditemui didapati berada dalam keadaan tidak sempurna dan cebisannya akan dikumpulkan untuk dibawa ke Hsopital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk proses selanjutnya.

Sumber: Facebook PROLINTAS | Utusan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd