Now Reading
“Arwah Patutnya Balik Kedah Minggu Depan Bantu Kakak Kahwin” – Adik Rider, Mangsa Pesawat Terhempas Elmina

“Arwah Patutnya Balik Kedah Minggu Depan Bantu Kakak Kahwin” – Adik Rider, Mangsa Pesawat Terhempas Elmina

Muhamad Hafiz sepatutnya pulang ke pangkuan keluarganya pada 20 Ogos ini kerana beliau mahu membantu dalam persiapan perkahwinan kakaknya minggu hadapan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kejadian pesawat terhempas di Elmina semalam (17 Ogos) bukan sahaja mengorbankan penumpang pesawat, malah meragut nyawa dua individu yang lalu di jalan itu ketika itu.

Artikel Berkaitan: Pesawat Bawa 8 Penumpang Terhempas Di Elmina, Langgar Motosikal & Kereta

Salah seorang daripada mereka merupakan seorang penunggang motosikal yang dikenal pasti sebagai Muhamad Hafiz Muhamad Salleh. Lelaki berusia 32 tahun itu berasal dari Sidam, Kedah.

Menurut sumber, sepupunya, Nurul Nazihah berkata arwah merupakan lepasan ijazah UiTM dan telah tamat pengajian pada tahun 2017. Sejak itu, beliau berpindah dari kampung halaman ke Kuala Lumpur untuk bertugas sebagai penghantar makanan.

Beliau pada mulanya tidak menyangka penunggang motosikal itu merupakan sepupunya sendiri. Beliau hanya mendapat khabar setelah Maghrib semalam apabila pihak berkuasa menghubungi ibu mangsa.

Allahuakbar. Patut la sedih sangat-sangat, simpati dengan rider yang terbakar accident dengan pesawat dekat Elmina petang ni. Rupanya adik sepupu sendiri. Allah, Allah. Awat la kena dekat orang yang aku kenal ni.

Sepupu mangsa, Nurul Nazihah.

Arwah Sepatutnya Pulang Ke Rumah Beberapa Hari Lagi

Adik mangsa, Norhikmah Muhammad Salleh, berkata keluarganya dimaklumkan tentang kejadian itu setelah solat Maghrib. Mereka kemudiannya bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses pengecaman jenazah mangsa.

Sementara dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah, Norhikmah bertanya di dalam satu kumpulan WhatsApp pekerja penghantar makanan jika ada sesiapa berdekatan yang boleh membantu mengecam jenazah malam tadi, lapor Berita Harian.

Saya adik kepada Muhamad Hafiz. Abang saya terbabit dalam kemalangan pesawat terhempas di Subang. Ada tak kawan terdekat yang boleh tolong ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang untuk pengecaman mayat?

Adik mangsa, Norhikmah Muhammad Salleh.

Beliau dan keluarga mengakui bahawa mereka terkejut dan bersedih dengan berita itu, tetapi mereka menerima takdir Tuhan.

Ibu dan ayah pesan supaya kami reda dengan pemergian abang, meminta kami semua doakan supaya semua urusan beliau dipermudahkan. Jenazah abang akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Taman Sidam Kiri, Sungai Petani, sejurus selesai semua prosedur.

Adik mangsa, Norhikmah Muhammad Salleh.

Menurutnya, apabila dihubungi ayah mereka minggu lepas, Allahyarham bercadang hendak pulang ke kampung halaman untuk bantu dalam persiapan perkahwinan kakaknya.

Abang ada kata mahu pulang 20 Ogos ini, kami sekeluarga mahu buat persiapan sempena perkahwinan kakak yang dijadual berlangsung 26 Ogos. Namun, Allah lebih menyayangi abang. Walaupun seorang yang pendiam dan tegas, tetapi dia sangat penyayang.

Adik mangsa, Norhikmah Muhammad Salleh.

Muhamad Hafiz merupakan salah seorang daripada 10 korban dalam nahas pesawat Beechcraft Premier 1 terhempas di Elmina semalam (17 Ogos).

Mangsa lain termasuk enam penumpang dan dua juruterbang pesawat serta seorang pemandu kereta.

Menurut Inspektor Jeneral Tan Sri Razarudin Husain, pemandu kereta itu dikenal pasti sebagai seorang pemandu Grab.

Artikel Berkaitan: “Ayah Suruh Simpan Gambar” – Korban Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Beri ‘Petanda’ 2 Minggu Sebelum Ajal

Seperti dilaporkan oleh Buletin TV3, Razarudin berkata pemandu itu dipercayai keseorangan dalam keretanya kerana dia telah berhenti mengambil penumpang sejak jam 2 petang.

Kita dah semak dengan syarikat e-hailing dan dimaklumkan pemandu grab semasa kejadian dia sudah tidak mengambil penumpang baharu ketika itu.

Inspektor Jeneral, Tan Sri Razarudin Husain.

Artikel Berkaitan: Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Exco Pahang Antara Mangsa Nahas

Artikel Berkaitan: Pesawat Terhempas Di Elmina: Menantu Presiden JCorp Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim Antara Mangsa Terkorban

Artikel Berkaitan: “Jika Saya Meninggal Dunia, Kebumikan Di Kampung” – Mangsa Pesawat Terhempas Di Elmina Pesan Pada Isteri

Sumber: MStar | Berita Harian | Buletin TV3


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd