Pesawat Terhempas Di Elmina: Menantu Presiden JCorp Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim Antara Mangsa Terkorban
Menerusi carian kami, menantu Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, yang dimaksudkan adalah juruterbang pesawat tersebut iaitu Shahrul Kamal Roslan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Satu hantaran di Facebook Johor Corporation mengesahkan bahawa menantu lelaki kepada Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, merupakan salah seorang mangsa dalam insiden pesawat terhempas di Elmina semalam (17 Ogos).
Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, kami ingin memaklumkan pemergian menantu lelaki kepada YBhg Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp).
Facebook Johor Corporation.
Pihak JCorp turut mengambil kesempatan mendoakan agar roh Allahyarham dan seluruh mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Walaupun tiada sebarang pengumuman nama pada hantaran tersebut, kami mendapati bahawa individu yang dimaksudkan adalah juruterbang pesawat itu, Shahrul Kamal Roslan.
Dalam satu temu ramah oleh Utusan bersama ibu kepada arwah Shahrul Kamal, Mahanum Ismail, beliau menyebut bahawa urusan pengebumian anaknya akan dibincang bersama keluarga besannya iaitu Datuk Syed Mohamed.
Mahanum ketika itu berkata bahawa ayat terakhir yang diucapkan oleh anaknya itu adalah, “Adik sayang mama, mama”.
Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan sama ada berhampiran kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau di Bukit Jelutong yang tidak jauh dari rumah Shahrul.
Artikel Berkaitan: “Adik Sayang Mama” – Ucapan Terakhir Juruterbang Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina Buat Ibunya
Abang Ipar Maklumkan Jenazah Dikebumikan Di Klang Gate
Abang ipar kepada arwah, Syed Tahir Syed Mohamed, kemudiannya mengesahkan jenazah akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Taman Melawati dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate selepas solat Jumaat.
Selain daripada juruterbang Shahrul Kamal dan Adun Pelangai, Datuk Seri Johari Harun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengesahkan pesawat turut dinaiki juruterbang Heikal Aras Abdul Azim dan lima penumpang iaitu Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.
Artikel Berkaitan: Pesawat Bawa 8 Penumpang Terhempas Di Elmina, Langgar Motosikal & Kereta
Artikel Berkaitan: Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Exco Pahang Antara Mangsa Nahas
Artikel Berkaitan: “Jika Saya Meninggal Dunia, Kebumikan Di Kampung” – Mangsa Pesawat Terhempas Di Elmina Pesan Pada Isteri
Sumber: Malay Mail | Utusan | Berita Harian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.