Now Reading
Pesawat Bawa 8 Penumpang Terhempas Di Elmina, Langgar Motosikal & Kereta

Pesawat Bawa 8 Penumpang Terhempas Di Elmina, Langgar Motosikal & Kereta

Bomba mengesahkan insiden tersebut serta sepuluh individu termasuk seorang tetamu kenamaan dikhuatiri maut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Satu kejadian pesawat terhempas telah berlaku di kawasan perumahan Elmina Valley 1, Elmina West, Seksyen U16, Denai Alam sekitar jam 3 petang hari ini.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @qamahl, dapat dilihat sedikit kebakaran serta kesan hitam di atas jalan raya tersebut.

Memetik wartawan Amer Hadi Azmi, Bomba Selangor telah mengesahkan kejadian itu dan operasi menyelamat sedang berlangsung. Namun begitu, masih belum disahkan sebarang kematian dan saiz serta jenis pesawat terbabit.

Pengguna Facebook Auf Marsya Esyal turut memuat naik video di tempat kejadian. Dia berkata pesawat yang terhempas itu telah melanggar satu penunggang motosikal.

Dapat dilihat dalam video bahawa motosikal tersebut sedang terbakar.

Mayat seorang individu dipercayai mangsa insiden tersebut telah ditemui penduduk di sana.

Melalui video yang kami terima, kelihatan pihak Bomba bergegas ke lokasi nahas pesawat itu terhempas.

Pesawat itu dikatakan telah hancur akibat impak hempasan tersebut. Kelihatan serpihan-serpihan bahagian pesawat di atas jalan raya.


10 Individu Dikhuatiri Maut, Termasuk Seorang VIP

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohamad Shoki Hamzah mengesahkan sepuluh individu termasuk seorang tetamu kenamaan dikhuatiri maut dalam kejadian itu, lapor Utusan.

Mangsa yang terlibat merupakan lapan individu yang menaiki pesawat itu serta dua mangsa yang menaiki motosikal dan kereta.

Beliau berkata operasi masih dijalankan dan identiti kesemua mangsa masih belum disahkan.

Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung kejadian itu. Pihaknya mengesahkan bahawa pesawat yang terhempas itu merupakan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV.

Pesawat itu yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn. Bhd. berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd