Now Reading
Rider Melambung Setinggi Tiang Lampu Lepas Dirempuh Kereta Di Johor

Rider Melambung Setinggi Tiang Lampu Lepas Dirempuh Kereta Di Johor

Difahamkan penunggang motosikal dikenali sebagai Riduan bin Abdullah itu dilaporkan telah meninggal dunia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kemalangan adalah suatu perkara yang mengerikan dan tak ada sesiapa pun yang mahu terlibat dalam insiden berkenaan.

Kejadian itu boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti sikap pemandu, struktur jalan raya dan sebagainya.

Lebih membimbangkan lagi apabila kemalangan yang berlaku boleh mengakibatkan pengguna jalan raya yang lain turut berdepan risiko kematian meskipun sudah memandu dalam keadaan yang selamat.


Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Kereta Dari Arah Bertentangan

Menerusi video dimuat naik di laman X (Twitter @MALAYSIAVIRALLL), satu rakaman dari dashcam sebuah kereta menunjukkan kejadian kemalangan yang berlaku semalam (27 Februari) di Jalan Bakri, Muar, Johor melibatkan seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Dalam rakaman video yang menunjukkan jam 6:59 pagi itu, sebuah kereta berwarna putih dilihat cuba untuk memotong kenderaan lain sehingga memasuki laluan bertentangan.

Walau bagaimanapun, tindakan itu telah mengakibatkan pemandu berkenaan merempuh seorang penunggang motosikal dari arah bertentangan dan mengakibatkan rider terbabit dilihat melambung dengan ketinggian hampir sama dengan tiang lampu.

Bukan itu sahaja, motosikal milik mangsa turut melambung tinggi selepas rempuhan berlaku.

Difahamkan, penunggang motosikal dikenali sebagai Riduan bin Abdullah itu dilaporkan telah meninggal dunia.

Dalam ciapan lain yang dimuat naik di laman X (Twitter @mynewshub), pemandu kereta berwarna putih itu pula juga berdepan kemalangan apabila bahagian hadapan keretanya mengalami keremukan sebelum terbabas ke dalam parit.

Namun, status pemandu kereta itu tidak dapat dipastikan.


Netizen Kesal Dengan Tindakan Pemandu

Rata-rata netizen meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan bengang selepas melihat sikap pemandu kereta berkenaan yang tidak berwaspada sehingga meragut nyawa orang lain.

Sesetengah netizen berkata tindakan untuk memotong adalah tidak sesuai jika berada di jalan kampung kerana ia agak sempit.

“Jalan kampung macam ni jangan lah buat gila,” ujar netizen.

Pada masa yang sama, netizen turut bersimpati dengan keluarga mangsa atas kemalangan yang berlaku kepada penunggang motosikal itu.

“Allahuakbar, luluhnya hari ya Allah,” kata netizen.

Kecewa dengan perkara yang berlaku, netizen berharap pemandu berkenaan mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya itu.

Sumber: X

Kejadian Hampir Sama Pernah Berlaku Sebelum Ini

Insiden pengguna jalan raya memandu secara melawan arus pernah berlaku beberapa kali sebelum ini sehingga ada yang meragut nyawa.

Aksi berbahaya ini tidak sepatutnya dilakukan kerana berisiko untuk mengancam keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

Apabila suspek ditahan oleh pihak polis, antara asbab yang diberikan adalah untuk mengelak dari sekatan pihak polis di jalan raya serta berada di bawah pengaruh dadah dan juga alkohol.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Individu 74 Tahun Pandu Lawan Arus Atas Highway, Beri Alasan Pertama Kali Masuk JB

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Geng Rider Didakwa Bawa Motor Lawan Arus Di Jalan Raya Sebab Nak Elak Polis

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pandu Lawan Arus Bawah Pengaruh Dadah Hingga Menyebabkan Dua Maut


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd