[Video] Pandu Lawan Arus Bawah Pengaruh Dadah Hingga Menyebabkan Dua Maut
Kemalangan tersebut membabitkan Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki secara melawan arus bertembung dengan sebuah Proton Wira Aeroback.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Semalam (12 September), satu kemalangan ngeri telah berlaku di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan apabila dua individu disahkan maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda yang dipandu secara melawan arus.
Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya dihubungi pada 1.51 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 1.58 pagi.
Kemalangan tersebut membabitkan Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki secara melawan arus bertembung dengan sebuah Proton Wira Aeroback.

Akibat perlanggaran itu, dua mangsa yang menaiki Proton Wira Aeroback iaitu seorang perempuan yang juga pemandu bersama seorang penumpang lelaki di bahagian hadapan dilihat tersepit.
Video kemalangan tersebut juga telah mula tular di media sosial apabila saksi kejadian merakamkan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku.
Kedua-dua mangsa yang parah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Berdasarkan maklumat, mangsa maut, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, masing-masing beralamat di Klang dan Pelabuhan Klang.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis melalui Harian Metro.
Pemandu lawan arus tak cedera dan disahkan positif dadah
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata hasil saringan awal ujian urin ke atas pemandu yang berusia 24 tahun itu mendapati suspek positif ganja.
Suspek dibawa polis dari tempat kejadian ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut dan kemudiannya dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.
Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan reman ke atas suspek selama enam hari bermula 12 Hingga 17 September ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya.
Walau bagaimanapun, saksi yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 01131215697.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.

