Now Reading
Kes Langgar Lari: Myvi Rempuh MPV Ketika ‘Speeding’ Di Lebuh Raya

Kes Langgar Lari: Myvi Rempuh MPV Ketika ‘Speeding’ Di Lebuh Raya

Difahamkan, kes langgar lari itu berlaku semalam (26 Februari) di Lebuhraya Elite.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang pemandu, ia merupakan tanggungjawab masing-masing untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti had laju.

Namun begitu, masih ramai lagi yang berdegil dan memandu secara tidak berhemah hingga menyebabkan kenderaan lain rosak akibat kemalangan.

Seperti sebelum ini, sebuah bas sekolah dipandu dengan kelajuan tinggi secara tiba-tiba merempuh dua penunggang motosikal yang sedang membeli di gerai tepi jalan raya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Penunggang Motosikal Dirempuh Bas Sekolah Di Tepi Jalan Raya


Myvi Speeding Rempuh MPV Di Lebuhraya ELITE

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@msmunirah), menyaksikan situasi cemas yang berlaku antara dua buah kenderaan semasa berada di Lebuhraya ELITE.

Menerusi klip video dashcam, kelihatan sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang memecut telah merempuh sebuah kereta MPV, Toyota Voxy di bahagian belakang.

Menurut pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Munirah, pemandu Myvi berkenaan kemudian melarikan diri semasa keretanya membelok ke lorong kecemasan sebelah kiri untuk berhenti.

Sumber: TikTok (@msmunirah)

Difahamkan kejadian tersebut berlaku semalam (26 Februari) sebelum kereta MPV itu susur keluar (exit) dari Saujana Putra.

Jelas Munirah, keretanya mula perlahan di lorong kanan disebabkan trafik yang sudah mula sesak di lebuh raya berkenaan.


MPV Remuk Di Bahagian But & Bumper

Melihat kepada kondisi kereta MPV hitam itu, terdapat kesan remuk di bahagian but dan bumper kereta manakala Myvi yang melanggar pula dipercayai tidak mengalami sebarang kerosakan.

Tambah Munirah, dia juga telah membuat laporan polis mengenai kes langgar lari kemalangan yang berlaku.

@msmunirah

LANGGAR LARI. minta bantuan warga tiktok kalau boleh cari si pemandu LANGGAR LARI ni. berlaku 26/02/24 jam 7pagi di ELITE sebelum keluar exit Saujana Putra. Kami susur ke kiri tengok2 si pemandu terus cabut lari

♬ Vincent – Sohyang

Reaksi Netizen Mengenai Kes Langgar Lari

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap pemandu Myvi yang tidak bertanggungjawab terhadap kesalahan dilakukan.

Malah ramai juga yang berasa risau untuk memandu di lorong kanan, kerana kenderaan-kenderaan laju.

“Ini sebab takut bawa laju-laju di lorong kanan. Jika dua kereta ikut belakang mesti saya ambil jarak jauh sikit,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@msmunirah)

Ada juga yang berpendapat bahawa kawasan Lebuhraya Elite sering kali berlaku kemalangan selain meminta orang ramai untuk lebih cakna dan berwaspada semasa sedang memandu.

“Dekat Elite ni lorong kanan paling kerap emergency brake, hati-hati lah ya sebab saya dah kena sekali,” ujar seorang individu.

Sumber: TikTok (@msmunirah)

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan pengajaran buat semua pemandu di luar sana untuk sentiasa mematuhi had laju dan menjaga jarak kenderaan di atas jalan raya.


Tips Keselamatan Jalan Raya

Sekiranya anda berada di jalan raya, terdapat beberapa tips keselamatan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang perlu dipatuhi. Hal ini bagi memastikan setiap keselamatan pemandu terjamin. Antaranya:

Sumber: Pexels/Wap Car
  • Mematuhi jarak selamat antara kenderaan.
  • Memakai tali pinggang keledar.
  • Memetahui had laju tersedia di jalan raya.
  • Tidak melanggar lampu isyarat.
  • Jangan memandu ketika dalam keadaan mabuk.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Trak Pikap Rempuh 4 Beranak Naik Motosikal Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: Budak 3 Tahun Maut Dirempuh Trak Pikap Ketika Main Skuter Dalam Taman Perumahan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd