Now Reading
Polis Tahan Individu 74 Tahun Pandu Lawan Arus Atas Highway, Beri Alasan Pertama Kali Masuk JB

Polis Tahan Individu 74 Tahun Pandu Lawan Arus Atas Highway, Beri Alasan Pertama Kali Masuk JB

Hasil siasatan mendapati bahawa suspek yang memandu kereta jenis Perodua Myvi secara melawan arus itu tidak mengetahui selok belok di Johor Bahru oleh kerana baru pertama kali datang ke kawasan berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, satu rakaman kamera dashcam telah menunjukan aksi membahayakan oleh seorang pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang dilihat memandu dalam keadaan melawan arus di sebuah lebuh raya.

Lebih membimbangkan lagi, individu tersebut memandu di lorong kanan yang mana ia merupakan laluan untuk pengguna jalan raya memotong pada kelajuan tinggi.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan dilaporkan berlaku ketika insiden berlaku.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Dahlah Lorong Belah Kanan..” – Myvi Lawan Arus Undang Kecaman Netizen


Individu Pandu Secara Lawan Arus Kini Ditahan Polis

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat bin Ariffin dalam kenyataan yang dimuat naik semalam (26 Februari) di laman Facebook memaklumkan pihak mereka telah menerima maklumat berhubung video yang tular.

Menerusi video berdurasi 60 saat itu, sebuah kereta berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran JWH 8557 telah memandu dari arah bertentangan di 13.1J Lebuhraya Linkedua, Johor Bahru, Johor.

Susulan itu, pasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri telah melakukan tangkapan terhadap individu terbabit sekitar jam 10:49 pagi semalam (26 Februari) bagi membantu siasatan.

Sumber: X (Twitter @anthraxxxx781)

Individu yang ditahan di Taman Nusa Bayu, Gelang Patah, Johor itu merupakan warga emas berbangsa Cina berusia 74 tahun.

Siasatan awal mendapati bahawa suspek yang berasal daripada Segamat berada dalam perjalanan ke rumah rakannya di Nusa Bayu, Gelang Patah.

Namun, suspek tidak mengetahui selok belok di Johor Bahru oleh kerana baru pertama kali datang ke kawasan berkenaan.

Semasa kejadian, suspek dalam perjalanan ke rumah rakannya di Nusa Bayu, Gelang Patah. Suspek tidak tahu selok belak jalan di Johor Bahru dan telah masuk ke jalan yang salah sehingga melawan arus sepertimana di dalam video yang telah tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat bin Ariffin

Berikutan itu, pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat melibatkan insiden yang berlaku untuk segera menghubungi BSPTD Iskandar Puteri di talian 07-5101322.


Kejadian Hampir Sama Pernah Berlaku Sebelum Ini

Insiden pengguna jalan raya memandu secara melawan arus pernah berlaku beberapa kali sebelum ini sehingga ada yang meragut nyawa.

Aksi berbahaya ini tidak sepatutnya dilakukan kerana berisiko untuk mengancam keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

Apabila suspek ditahan oleh pihak polis, antara asbab yang diberikan adalah untuk mengelak dari sekatan pihak polis di jalan raya serta berada di bawah pengaruh dadah dan juga alkohol.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Geng Rider Didakwa Bawa Motor Lawan Arus Di Jalan Raya Sebab Nak Elak Polis

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pandu Lawan Arus Bawah Pengaruh Dadah Hingga Menyebabkan Dua Maut

Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Individu Tunggang Motosikal Lawan Arus Di SUKE Hingga Sebabkan Kematian Penunggang Ducati


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd