Now Reading
[Video] “Dahlah Lorong Belah Kanan..” – Myvi Lawan Arus Undang Kecaman Netizen

[Video] “Dahlah Lorong Belah Kanan..” – Myvi Lawan Arus Undang Kecaman Netizen

Lebih mengejutkan lagi selepas kereta berkenaan berada di lorong sebelah kanan yang merupakan laluan untuk pemandu yang ingin memandu dalam kelajuan tinggi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila berada di jalan raya, perkara yang perlu diambil berat adalah dari segi keselamatan diri serta pengguna yang lain.

Ini kerana sikap cuai di jalan raya boleh menjadi punca utama kepada berlakunya kemalangan sehingga merisikokan nyawa individu lain.

Kadang kala kita sudah cukup berhati-hati dan berwaspada tetapi masih terlibat dalam kejadian tidak diingini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Hampir Terlibat Dalam Kemalangan Lepas Kereta Polis Langgar ‘Double Line’ Di Selekoh

Baca Artikel Berkaitan: 2 Mangsa Yang Terkorban Dalam Kemalangan Putrajaya Disahkan Pekerja Pos Malaysia & Mahkamah Ampang

Baca Artikel Berkaitan: Kes Kemalangan Babit Warga Emas Di Malaysia Semakin Meningkat


Kereta Tiba-tiba Muncul Di Laluan Kanan Dari Arah Bertentangan

Terbaharu, tular satu video dari rakaman kamera dashcam dimuat naik oleh pengguna di laman X (Twitter @anthraxxx781) yang menunjukkan aksi mengejutkan di sebuah lebuh raya.

Aksi berkenaan dilihat sangat membahayakan apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang melawan arus secara tiba-tiba muncul dari arah bertentangan.

Lebih mengejutkan apabila kereta berkenaan dipandu di lorong sebelah kanan lebuh raya – laluan memotong yang kebiasaannya pada kelajuan tinggi.

Peka dengan keadaan yang berlaku, pemandu kereta berwarna hitam itu sempat memperlahankan dan bergerak ke tepi untuk memberikan laluan kepada Perodua Myvi terbabit yang berada di laluan yang salah.


Netizen Kecam Aksi Pemandu Myvi Itu

Rata-rata netizen yang melihat aksi membahayakan dari pemandu Myvi itu mengecam dan meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka ianya berlaku di lokasi tersebut.

Mereka juga mempersoalkan dari mana muncul kenderaan terbabit yang memandu secara bertentangan di lebuh raya itu.

“Betul punya random. Dah la lorong belah kanan,” ujar netizen.

Sesetengah netizen pula menjangkakan bahawa pemandu Myvi itu akan menggunakan alasan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) untuk memberikan sebab atas tindakan yang dilakukan.

“Bila kena tahan nanti tak kad OKU atau mabuk. Tu je. Faham sangat dah,” kata netizen.

Sumber: Twitter

Kalau anda terlihat perkara seperti ini, lebih baik untuk segera membuat laporan polis bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku kepada pemandu mahupun pengguna jalan raya yang lain.

Hasil carian kami, masih tiada laporan polis yang dilakukan dalam kejadian ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd