Now Reading
[Video] Lebih 2 Juta Tontonan, Myvi ‘Lowered’ Keluar Percikan Api Ketika Dipandu Bikin Ramai Bimbang

[Video] Lebih 2 Juta Tontonan, Myvi ‘Lowered’ Keluar Percikan Api Ketika Dipandu Bikin Ramai Bimbang

Difahamkan percikan api itu terhasil oleh kerana bahagian bawah kereta yang ‘lowered’ telah bergesel dengan jalan raya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi penggemar kereta, sesetengah daripada mereka mempunyai hobi untuk mengubah suai kenderaan supaya kelihatan lebih cantik.

Ada pemandu yang memilih untuk memasang beberapa barangan tambahan pada kereta mereka seperti air spoiler, side skirt, aerofoil, door visor dan sebagainya.

Dalam keseronokan mengubah suai kereta, anda juga perlu memastikan ia tidak melanggar panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga boleh membahayakan keselamatan.


Pemandu Myvi Ubah Suai Kereta Jadi Lowered Sehingga Keluar Percikan Api

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@mdnshrl), seorang pengguna jalan raya sempat merakam aksi yang dilakukan oleh pemandu Myvi ketika sedang memandu di sebuah jalan raya.

Dalam video berkenaan, kelihatan Myvi berwarna merah itu memandu dengan laju sehingga menyebabkan keluarnya percikan api dari bahagian bawah.

Difahamkan percikan api itu terhasil oleh kerana bahagian bawah kereta yang ‘lowered’ telah bergesel dengan jalan raya.

Sumber: TikTok (@mdnshrl)

Jika diperhatikan dengan lebih teliti, lampu pada bahagian belakang kereta Myvi itu juga agak berbeza kerana ia bergerak-gerak dan berisiko untuk mengelirukan pemandu yang lain.

Pemilik video ini turut meluahkan rasa lega tidak memandu di belakang kereta Myvi berkenaan kerana bimbang jika percikan api itu akan memberi kesan kepada kenderaanya.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih dua juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@mdnshrl/video/7352436636472397074

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Tindakan Pemandu Myvi Buat Kereta Jadi Lowered

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya ‘menyindir’ tindakan pemilik Myvi itu yang mengubah suai kereta sehingga mengeluarkan percikan api ketika memandu.

“Jimat duit tak perlu beli bunga api dah untuk anak-anak,” kata netizen.

Siap ada yang samakan kereta tersebut dengan kenderaan yang digunakan untuk suka perlumbaan Formula One.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen juga meluahkan rasa bimbang sekiranya ia boleh membahayakan nyawa oleh kerana kedudukan api tersebut yang berhampiran dengan tangki minyak kereta.

Seorang netizen juga sempat berkongsi pengalaman yang dilalui oleh rakannya yang melakukan pengubahsuaian sama dan mengalami kerosakan pada bahagian gearbox sebulan selepas itu.

“Kawan aku beli kereta terus buat lowered keretanya. Sebulan lepas tu pecah gearbox menyesal dia,”ujar netizen.

Sumber: TikTok

Garis Panduan Pengubahsuaian Kereta Mengikut Peraturan Yang Ditetapkan Oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Pihak JPJ telah mengeluarkan garis panduan bagi menerangkan kepada pengguna berkaitan piawaian yang perlu dipatuhi sekiranya ingin melakukan modifikasi kenderaan persendirian atau perdagangan.

Modifikasi yang disarankan hanya melibatkan pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan sebagai aksesori yang  tidak mengubah identiti serta tidak mengganggu ciri-ciri keselamatan kenderaan serta pengguna jalan raya.

Antara garis panduan yang ditetapkan oleh pihak JPJ dalam proses pengubahsuaian kenderaan adalah seperti:

  • Pemasangan air spoiler, aerofoil atau side skirt mestilah tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
  • Pemasangan door visor hendaklah tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.
  • Pemasangan tambahan bumper atau protecting guard (kangaroo bar) di bahagian hadapan atau belakang mestilah tidak boleh melebihi 50% daripada bes roda kenderaan.
  • Protecting guard (kangaroo bar) yang dipasang mestilah tidak melebihi 150mm daripada keseluruhan lebar kenderaan.
  • Pemasangan tayar yang lebih besar sehingga mengubah ketinggian keseluruhan kenderaan adalah tidak dibenarkan.
  • Pemasangan kanopi jenis hard-top mudah alih atau kanvas hanya dibenarkan untuk kenderaan jenis twin cab pick-up sahaja di mana jumlah penumpang adalah 5 orang.
  • Pemasangan spotlight hanya dibenarkan pada kenderaan jenis 4X4 sahaja dan mestilah berwarna putih dan dipasang di bahagian hadapan kenderaan sebagai tambahan lampu sedia ada.

Maklumat lanjut tentang garis panduan tersebut boleh klik [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Cermin Lampu Brek Terlampau Gelap Jadi Punca Pengguna Jalan Raya Hampir Kemalangan

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bengang, Owner Myvi Ubahsuai Lampu Signal Jadi Warna Putih Hingga Kelirukan Orang Lain

Baca Artikel Berkaitan: “Ni Bakar Lemang Ke?” – Myvi ‘Flex’ Ekzos Berapi & Siap Letak Kereta Di Parkir OKU [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd