Now Reading
Rampas Takhta ‘King Of The Road’ Milik Perodua Myvi, Bezza Pula Jadi Pilihan Ramai

Rampas Takhta ‘King Of The Road’ Milik Perodua Myvi, Bezza Pula Jadi Pilihan Ramai

Sebanyak 56,735 unit Bezza telah didaftarkan pada tahun 2023 berbanding 45,014 unit bagi jumlah pendaftaran Myvi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut ‘King of The Road’ di Malaysia, mesti ramai akan terfikir benda yang sama iaitu kereta Perodua Myvi.

Walaupun kereta tersebut bersaiz kecil, tetapi anda jangan pandang rendah dengan kemampuannya untuk melakukan perkara yang tidak dijangka. Siap boleh ‘towing’ lori ya!

Bukan itu sahaja, sebuah kereta Myvi juga pernah dilihat ‘terpacak’ di tepi sebuah jalan raya dengan lampu depan dan belakangnya masih menyala.

Baca Artikel Berkaitan: Myvi ‘Terpacak’ Tegak Tepi Jalan Dengan Lampu Terbuka Jadi Tumpuan Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terhibur Tengok Myvi Selamba Tarik Lori Rosak Belakang Kereta

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lebih 2 Juta Tontonan, Myvi ‘Lowered’ Keluar Percikan Api Ketika Dipandu Bikin Ramai Bimbang


Takhta ‘King Of The Road’ Kini Milik Perodua Bezza

Namun takhta ‘King of The Road’ yang sebelum ini sinonim diberikan kepada kenderaan jenis Perodua Myvi nampaknya bakal bertukar milik kepada kereta lain iaitu Perodua Bezza.

Memetik laporan MalayMail, kedudukan ‘King of The Road’ itu diambil oleh Bezza selepas orang ramai dilihat lebih memilih kenderaan tersebut sejak tahun 2023.

Sumber: WapCar

Data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan bahawa sebanyak 56,735 unit Bezza telah didaftarkan pada tahun 2023 berbanding 45,014 unit bagi jumlah pendaftaran Myvi.

Sebelum ini, Myvi digelar sebagai ‘King of The Road’ kerana dinobatkan sebagai kereta paling laris jualannya di Malaysia iaitu selama lima tahun berturut-turut sejak 2018.

Populariti kereta Myvi yang mula dilancarkan pada tahun 2005 juga telah mencipta satu fenomena sehingga beberapa kelab peminat dan komuniti terhasil daripada kalangan pemilik kereta Myvi ini.


Kenapa Tiba-tiba Ramai Pilih Bezza Dari Myvi?

Sumber Paul Tan’s Automotive News

Mesti ramai yang terfikir, apa yang menyebabkan masyarakat kini beralih arah dari Myvi kepada Bezza pula?

Terdapat tiga faktor yang berkemungkinan menjadi mempnegaruhi pilihan pengguna iaitu:

  • Harga jualan
  • Kapasiti
  • Penggunaan minyak

Myvi Masih ‘King’ Di Google

Berdasarkan sumber Sinar Harian, data carian di Google Trends menunjukkan bahawa Myvi masih menjadi juara dalam topik popular di negara ini dari Januari sehingga Disember 2023.

Ini kerana carian mengenai ‘Perodua Myvi’ lebih tinggi di Google iaitu sekitar 82% berbanding carian tentang ‘Perodua Bezza’ dengan nilai purata 38% sahaja.

Sumber: WapCar

Google Trends turut membuktikan bahawa istilah ‘Perodua Myvi’ paling banyak dicari oleh penduduk di Terengganu, Kelantan, Kedah, Pahang dan Perlis.

Bagi carian ‘Perodua Bezza’ pula, kebanyakan ia lebih trending di negeri Sarawak, Sabah, Labuan dan Melaka.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perodua Bezza Selamba Potong 9 Kenderaan Di Garisan Berkembar Bikin Ramai Berang

Baca Artikel Berkaitan: Perodua Akhirnya Setuju Beli Semula Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd