Myvi ‘Terpacak’ Tegak Tepi Jalan Dengan Lampu Terbuka Jadi Tumpuan Ramai
Yang peliknya, Myvi itu ‘terpacak’ di atas rumput melepasi penghadang jalan raya dan lampu depan serta belakangnya masih menyala.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Perodua Myvi, memang betul-betul ‘King of The Road’ buatan Malaysia yang sering mendapat perhatian orang ramai.
Walaupun kereta tersebut nampak kecil, tetapi anda jangan pandang rendah dengan kemampuannya untuk melakukan perkara yang tidak dijangka.
Siapa sangka kereta tempatan ini mampu menarik lori besar. Jangan main-main!
BACA JUGA: [Video] Pemandu Myvi Tunda Trak Lori Raih Perhatian Orang Ramai
Myvi Kemalangan Sehingga Terpacak Tepi Jalan Raya
Kembali kita ke dalam rancangan ‘Myvi Buat Hal Apa Pula Kali Ini’.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok (@SiLagaLiar) berkongsi sebuah video menunjukkan keadaan kereta jenis Perodua Myvi yang dilihat agak luar biasa.
Mana tidaknya, Myvi tersebut dilihat ‘terpacak’ di tepi sebuah jalan raya pada waktu malam dengan lampu depan dan belakangnya masih menyala.
Yang peliknya, Myvi itu ‘terpacak’ di atas rumput melepasi penghadang jalan raya. Tertanya-tanya juga macam mana kereta tersebut boleh melepasi halangan berkenaan.
Lain macam Myvi ni.
Salah seorang pengguna jalan raya sempat merakam keadaan Myvi tu ketika melalui jalan raya berkenaan pada waktu malam.
Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 834,600 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Ada Yang Mendakwa Itu Bukan Myvi, Tapi Perodua Axia
Ruangan komen video ini memang penuh dengan pelbagai komen dari pengguna media sosial yang terhibur melihat keadaan kereta tersebut.
Siap ada yang suruh biarkan sahaja kereta itu di lokasi terbabit sebagai tempat pelancongan bersejarah di Malaysia.
Terfikir juga macam mana pemandu keluar dari kereta dengan keadaan kenderaan seperti itu.




Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa kereta yang terlibat bukanlah Perodua Myvi tetapi Perodua Axia.
Adakah Axia cuba mengambil takhta Myvi sebagai ‘King of The Road’?



Walaupun kita semua terhibur melihat keadaan kenderaan tersebut, tetapi jangan lupa untuk memastikan anda memandu dalam keadaan yan selamat ya.
Risau pula tengok kereta ‘berdiri’ macam ini.
BACA JUGA: [Video] Leka Kutip Lala Di Sekinchan, Pemilik Myvi Terkejut Kereta ‘Terdampar’ Tengah Laut
BACA JUGA: Anak Warga Emas Perjelas Perkara Sebenar Insiden Myvi Rempuh Kubur
BACA JUGA: [Video] Netizen Terhibur Tengok Myvi Selamba Tarik Lori Rosak Belakang Kereta
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.