[Video] Netizen Terhibur Tengok Myvi Selamba Tarik Lori Rosak Belakang Kereta
Biar betul Myvi ni? Selalunya lori yang tarik kereta, ini kereta yang tarik lori.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila sebut sahaja kereta Myvi, mesti ramai akan menggelarnya sebagai ‘king of the road’.
Mana tidaknya, pemilik kereta keluaran Perodua ini dikatakan sering melakukan aksi-aksi luar biasa di jalan raya sehingga tular dan menjadi bualan orang ramai.
Antaranya pernah ‘terbang’ melepasi longkang besar, ‘panjat’ tebing jalan dan macam-macam lagilah.
BACA JUGA: [Video] Aksi Myvi Redah Hutan Berliku Untuk Ke Kebun Durian. Selamba Je!
Jangan main-main ye dengan Myvi ni.
Kadang-kadang pelik macam mana kenderaan bersaiz kecil itu boleh melakukan perkara sedemikian.
Banyak juga kes-kes kemalangan yang melibatkan kereta Myvi.
Antara yang menjadi perhatian adalah mengenai kemalangan melibatkan sebuah kereta Myvi dirempuh lori sehingga remuk dengan teruk.
Yang lebih ajaibnya, pemandu kenderaan itu berjaya menyelamatkan diri. Jangan kata kereta Myvi sahaja, pemandunya pun boleh dikatakan agak luar biasa.
BACA JUGA: [WATCH] Driver Of Yellow Myvi Crawls Out After Being Absolutely CRUSHED By Runaway Lorry
Myvi selamba tarik lori belakang kereta
Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik di TikTok oleh @affendiderus menunjukkan sebuah kereta Myvi dengan selambanya menarik lori yang dipercayai rosak di belakang keretanya.
Kejadian yang berlaku di lebuhraya itu sempat dirakam oleh beberapa orang netizen di kawasan berhampiran.
Bila sebut sahaja Myvi, mesti ramai yang teruja nak tengok sehingga video tersebut berjaya mendapat 1,100,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.
@affendiderus KepitDap!!!
♬ Tokyo Drift – Xavier Wulf
Biar betul Myvi ni? Selalunya lori yang tarik kereta, ini kereta yang tarik lori pula.
Lain macam betul.
Komen netizen pun boleh tahan kelakar juga
Melihat di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen terhibur melihat aksi yang dilakukan oleh kereta Myvi itu.
Ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana kereta Myvi ini dicipta kerana kenderaan tersebut dilihat boleh buat macam-macam perkara.
Kalau nampak Myvi buat benda pelik-pelik tu, dah biasa sangat dah.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.