Now Reading
2 Mangsa Yang Terkorban Dalam Kemalangan Putrajaya Disahkan Pekerja Pos Malaysia & Mahkamah Ampang

2 Mangsa Yang Terkorban Dalam Kemalangan Putrajaya Disahkan Pekerja Pos Malaysia & Mahkamah Ampang

Identiti pekerja Pos Malaysia telah dikenal pasti oleh bapanya manakala kakitangan Mahkamah Ampang oleh isterinya di Unit Forensik Hospital Putrajaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berdepan kemalangan adalah salah satu perkara paling digeruni oleh setiap orang pengguna jalan raya. Tidak kiralah kenderaan jenis apa seperti kereta, motosikal, lori dan banyak lagi.

Kadangkala anda sudah berhati-hati, namun kecelakaan tersebut tetap terjadi disebabkan sesetengah individu lain yang berkemungkinan kurang berhemah.

Ini juga lah yang terjadi di Putrajaya semalam apabila beberapa buah kenderaan terlibat dalam kemalangan setelah ‘disapu’ oleh sebuah treler.


14 Buah Kenderaan Terlibat Dalam Kemalangan Di Putrajaya

Semalam (20 September) sekitar 10.20 pagi, satu insiden mengejutkan telah berlaku di Putrajaya apabila beberapa kereta dan termasuk motosikal milik PDRM telah dilanggar oleh sebuah treler.

Kejadian ini telah melibatkan 14 mangsa yang terdiri daripada orang awam dan dua daripadanya terkorban.

Menurut PDRM, kemalangan ini membabitkan 14 buah kenderaan iaitu sebuah treler dan sebuah lori, tujuh kereta serta lima motosikal di Persiaran Utara menghala ke Presint 12.

Memetik laporan Astro Awani, dua pemandu kenderaan dikenali sebagai Karli Rastio, 69, serta Abdul Latif Ahmad, 58 yang mengalami cedera parah kini sedang dirawat di zon merah Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.

Pemandu treler itu yang mengalami kecederaan ringan kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Kosmo/Berita Harian

2 Mangsa Maut Dalam Kemalangan Di Putrajaya Telah Dikenal Pasti Oleh Waris

Susulan siasatan pihak polis, dua mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut telah pun dikenal pasti identiti mereka.

Kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz, mangsa pertama adalah Faris Haziq Abu Bakar, 25, iaitu pekerja Pos Malaysia dan mangsa kedua bernama Yuswar Mohd Uyus, 39, yang merupakan pekerja di Mahkamah Ampang.

Tambah beliau, identiti Faris telah dikenal pasti oleh bapanya manakala Yuswar oleh isterinya di Unit Forensik Hospital Putrajaya, kira-kira 5.30 petang pada hari sama.

Mengulas lanjut, proses post mortem untuk kedua-dua mangsa ini bakal dilaksanakan pada hari ini (21 September).

Hasil ujian air kencing pemandu treler didapati negatif dan bakal direman bermula hari ini untuk membantu siasatan.


Punca Kemalangan Disyaki Berlaku Kerana Treler Hilang Kawalan

Punca kemalangan di Putrajaya ini berlaku disyaki berpunca daripada pemandu treler yang gagal menekan brek dan menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan akhirnya merempuh beberapa buah kenderaan di bahagian kiri jalan.

Jalan tersebut difahamkan telah ditutup oleh pihak PDRM bagi memberikan laluan kepada para menteri.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lori Gagal Brek Disyaki Punca Konvoi Diiringi Polis Trafik Terlibat Kemalangan Di Putrajaya

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Setahun Merangkak Keluar Dari Lori Remuk Untuk Cari Ibu

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Hilang Kawalan & Tersungkur Atas Jalan Raya Lepas Motosikal Lalu Di Garisan Putih

Sumber: Astro Awani | Berita Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd