Now Reading
[Video] Lori Gagal Brek Disyaki Punca Konvoi Diiringi Polis Trafik Terlibat Kemalangan Di Putrajaya

[Video] Lori Gagal Brek Disyaki Punca Konvoi Diiringi Polis Trafik Terlibat Kemalangan Di Putrajaya

Insiden kemalangan tersebut dipercayai berlaku dari arah IOI City Mall ke Putrajaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


[DIKEMASKINI]

Menurut laporan, insiden kemalangan di Putrajaya tersebut telah menyebabkan dua mangsa meninggal dunia manakala tujuh (7) lagi cedera di mana ia membabitkan enam buah kenderaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan kejadian dikesan berlaku kira-kira jam 10:20 pagi tadi di Persiaran Utara menghala ke Presint 12.

Insiden melibatkan dua buah lori, dua buah kereta, dan dua buah motosikal.

Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Presint 14 dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi Kosmo.

Kemalangan Melibatkan Lori & Beberapa Buah Kenderaan Awam Di Putrajaya

Sekitar 11:55 pagi hari ini (20 September), tular di laman x (Twitter) di mana orang ramai mula memuat naik beberapa klip video yang menunjukkan sebuah kemalangan baru sahaja berlaku di Putrajaya.

Menerusi klip pertama yang dimuat naik oleh pengguna X (@syazmnnn), jelas memperlihatkan beberapa buah kenderaan hancur ‘disapu’ oleh sebuah lori, malah beberapa buah motosikal milik PDRM juga terlibat.

“Tak sangka benda yang I selalu terfikir akhirnya berlaku. Konvoi menteri dan kenderaan-kenderaan awam kemalangan dari arah IOI ke Putrajaya. Katanya ada satu orang awam meninggal. May Allah ease everyone’s affairs,” tulis Syazmnnn menerusi ciapan tersebut.


Lori Gagal Brek Disyaki Punca Kemalangan Berlaku

Menerusi rakaman dashcam oleh kenderaan yang berada di sekitar kawasan tersebut mendapat sebuah lori disyaki gagal menekan brek dan akhirnya merempuh beberapa buah kenderaan di bahagian kiri jalan sehingga di kawasan yang ditutup oleh pihak berkuasa, PDRM.

Jalan tersebut difahamkan ditutup untuk memberikan laluan buat para menteri.

Malah, orang awam turut memaklumkan kemungkinan terdapat orang awam yang meninggal di lokasi kejadian namun belum dapat disahkan oleh pihak berkuasa.

Setakat ini tiada pengesahan sama ada konvoi tersebut membabitkan mana-mana golongan menteri.

Walau bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung kejadian. Pihak TRP akan mengemaskini artikel ini jika terdapat sebarang informasi terkini.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd