Now Reading
Lelaki Hilang Kawalan & Tersungkur Atas Jalan Raya Lepas Motosikal Lalu Di Garisan Putih

Lelaki Hilang Kawalan & Tersungkur Atas Jalan Raya Lepas Motosikal Lalu Di Garisan Putih

Penunggang motosikal perlu elak garisan putih di atas jalan raya terutamanya ketika hujan dan jalan agak basah supaya tidak berlakunya kemalangan akibat hilang kawalan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau anda perasan jalan raya di Malaysia mempunyai pelbagai jenis papan tanda dan juga garisan yang bertujuan untuk memberi tunjuk arah serta peringatan kepada pemandu.

Papan tanda jalan raya di negara kita ini bukan hanya satu warna tetapi ada banyak sebenarnya seperti biru, hijau, coklat, kuning dan sebagainya.

BACA JUGA: Perbezaan Warna Di Papan Tanda Jalan Sebenarnya Bawa Makna Tersendiri

Sama juga seperti garisan-garisan yang dicat berwarna kuning dan putih atas jalan raya. Bukan saja-saja pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat tanda garisan tersebut.

Penunggang Motosikal Risiko Terlibat Kemalangan Jika Memandu Atas Garisan Putih Di Jalan Raya

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial menunjukkan keadaan penunggang motosikal yang tidak stabil ketika dia berada di atas garisan putih di sebuah jalan raya.

Berdasarkan video dimuat naik oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JPST) di laman Facebook rasmi mereka, penunggang motosikal itu dilihat tergelincir selepas melalui atas garisan putih sebelum hilang kawalan dan tersungkur di jalan raya.

Berhubung kejadian itu, pihak JPST menasihatkan orang ramai yang menunggang motosikal untuk tidak berada di atas garisan putih di jalan raya lebih-lebih lagi ketika jalan basah atau sedang hujan.

Fungsi Garisan Putih Di Jalan Raya

Dalam satu hantaran lain yang dimuat naik oleh pihak JPST di laman Facebook, mereka memberi penjelasan tentang fungsi garisan yang dicat dan bagaimana ia membantu pengguna jalan raya ketika memandu.

Garisan jalan merupakan tanda pada permukaan turapan jalan bagi memberi panduan, amaran serta maklumat kepada pengguna jalan raya.

Pelbagai jenis garisan dicat atas jalan raya seperti memanjang, melintang serta penanda jalan yang berfungsi sebagai simbol dan penunjuk arah.

Dengan adanya pelbagai jenis garisan ini, ia dapat berfungsi untuk mengawal dan memastikan aliran trafik teratur dan lancar.

Pihak JPST turut tidak ketinggalan memberikan tips kepada penunggang motosikal bagi mengelakkan diri dari terlibat dengan sebarang kemalangan. Antaranya:

  • Berhati-hati ketika melalui garisan putih. Sebaiknya elakkan daripada menunggang motosikal atas garisan tersebut.
  • Semak keadaan tayar motosikal dan pastikan ia tidak haus atau botak.

BACA JUGA: KKR Nafi Jalan Raya Di Malaysia Antara Yang Terburuk Di Dunia

BACA JUGA: ‘Rider’ Luar Negara Persoal Tentang Jalan Raya Di Malaysia Yang Banyak Berlubang

BACA JUGA: [Video] Papan Tanda Saiz A3 Di Lebuhraya SUKE Buat Pengguna Tak Puas Hati


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd