‘Rider’ Luar Negara Persoal Tentang Jalan Raya Di Malaysia Yang Banyak Berlubang
Penggembara motosikal itu juga membandingkan struktur jalan negara miskin seperti Peru yang lebih baik berbanding di Malaysia yang banyak berlubang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Selain kecuaian pemandu, keadaan jalan raya juga boleh menjadi salah satu punca berlakunya kemalangan.
Sebelum ini, satu kemalangan di Kota Kinabalu, Sabah terjadi selepas struktur jalan yang mempunyai lubang besar. Keadaan itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan terpaksa memberhentikan kenderaannya secara mengejut sebelum terjatuh ke bahu jalan.
BACA JUGA: Penghantar Makanan Hampir Terjunam Dalam Lubang Besar Di Tengah Jalan
Kejadian yang berlaku itu sememangnya merisaukan pengguna jalan raya yang lain dan berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan.
Rider warga asing pun mengadu tentang jalan berlubang
Isu tentang jalan berlubang bukan sahaja dipertikaikan oleh masyarakat tempatan, malah warga asing di Malaysia juga turut mempersoalkannya.
Menerusi satu video berdurasi 49 saat dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (EppyFizul), seorang pengembara motosikal dari luar negara bertanyakan tentang tanggungjawab pihak berkuasa Malaysia dalam membaik pulih jalan raya di negara ini.
Dalam video tersebut, individu berkenaan meluahkan rasa kurang senang selepas melihat keadaan jalan raya di Malaysia yang banyak berlubang dan boleh membahayakan pengguna.
Lelaki itu juga siap membandingkan jalan raya di negara miskin iaitu Peru yang mempunyai struktur jalan lebih baik.
Di akhir video, lelaki tersebut menegaskan supaya kerajaan Malaysia segera membaiki jalan berlubang untuk menjaga keselamatan rakyat sebagai pengguna.
Macam tu jek pihak yg bertanggungjawab kena taruk dengan rider luar negara pasal x reti jaga jalanraya di Malaysia. pic.twitter.com/pdHDPaPn7A
— Spit it out (@EppyFizul) June 6, 2022
Netizen setuju dengan luahan rider tersebut
Kebanyakan netizen juga bersetuju dengan kenyataan yang diberikan dan dalam masa yang sama agak malu apabila warga asing turut bersuara tentang keburukan jalan raya di Malaysia.
Jangan kata potholes, lampu jalan pun nak org awam report baru betulkan klau tak bergelap la takpun tunggu org tergolek dulu baru datang buat ramai.
— MH #TeamRayaKL (@mhmzh90) June 6, 2022
Btw @mp_ampangjaya
Lampu jalan utama Taman Kosas dari traffic light sekolah rendah/menengah sampai simpang 3 utama tu tak menyala https://t.co/6l0ll3Tp42
@JKRMalaysia you guys should see this!!!! Jangan makan gaji buta sahaja!!!! Buat malu!!!! Orang luar pun kritik!!!!!! 🤣🤣🤣🤣🤣
— ハーマン・リー (@hermanly88) June 8, 2022
Malu…..
— Gogo (@Futurelamp) June 7, 2022
Kalau anda terjumpa mana-mana kerosakan struktur jalan, boleh segera membuat aduan dengan menghubungi talian Jabatan Kerja Raya (JKR) di 1800 88 5004 atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800 88 7752
Selain itu, anda juga boleh membuat laporan atau aduan menerusi aplikasi Waze dan pihak berkuasa tempatan negeri akan membaiki jalan yang rosak itu dalam tempoh terdekat.
Harapnya selepas tular video ini, pihak berkuasa akan lebih mengambil perhatian terhadap penambahbaikan struktur jalan raya untuk kegunaan orang ramai.
BACA JUGA: Ada Orang Kemalangan? Ini Tips Untuk Anda Yang Berada Berdekatan Mangsa
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.