Now Reading
Penghantar Makanan Hampir Terjunam Dalam Lubang Besar Di Tengah Jalan

Penghantar Makanan Hampir Terjunam Dalam Lubang Besar Di Tengah Jalan

Laluan jalan raya yang berlubang besar itu kini ditutup buat sementara waktu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kemalangan jalan raya merupakan sesuatu yang tidak boleh dijangka. Puncanya mungkin disebabkan oleh kecuaian diri sendiri atau pemandu lain.

BACA JUGA: [Video] Myvi Kuning HANCUR Dirempuh Lori Tapi Pemandu Dapat Keluar Dengan Bantuan Orang Awam

Namun, faktor struktur jalan juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Contohnya seperti jalan yang licin selepas hujan, berada di kawasan sempit di lereng bukit dan sebagainya.

Baru-baru ini, satu kemalangan berlaku disebabkan oleh struktur jalan telah dilaporkan berlaku di Kota Kinabalu, Sabah.

Lubang besar di tengah jalan

Insiden yang hampir meragut nyawa itu melibatkan seorang penghantar makanan selepas dia memberhentikan motosikalnya secara mengejut di hadapan sebuah lubang besar di tengah-tengah jalan raya.

Kejadian yang dilaporkan berlaku semalam (28 November) di laluan Jalan Teluk Likas sempat dirakam oleh CCTV milik seorang penghuni rumah berdekatan.

Rakaman video itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @redzuanNewsMPB.

Dalam video tersebut, penghantar makanan itu dilihat hampir terjunam ke dalam sebuah lubang besar di tengah-tengah jalan sebelum dia terjatuh di bahu jalan.

Walau bagaimanapun, kemalangan kecil itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dan dia dilihat segera bangun semula sebelum meneruskan perjalanannya.

Ramai risau tengok lubang besar di tengah jalan

Hasil tinjauan kami mendapati bahawa rata-rata warganet risau melihat keadaan jalan raya yang berlubang seperti itu.

Ada juga segelintir daripada mereka yang ingin mengetahui tempoh pihak bertanggungjawab akan memperbaiki jalan berkenaan.

Risau kalau dibiarkan lebih lama boleh meragut nyawa seseorang.

Kredit: Twitter @redzuanNewsMPB
Kredit: Twitter @redzuanNewsMPB

Jalan ditutup untuk sementara waktu

Atas faktor keselamatan pengguna jalan raya, laluan berkenaan telah ditutup buat sementara waktu susulan terdapat mendapan hingga mengakibatkan lubang di jalan itu.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Kerja Raya Sabah Ir Ali Ahmad Hamid memaklumkan bahawa syarikat konsesi Globinaco sudah diarahkan untuk meninjau lokasi kejadian.

Pihak mereka juga telah memaklumkan tentang struktur jalan itu kepada Jabatan Perkhidmatan Pembentongan Sabah kerana laluan tersebut melibatkan aset pembentungan mereka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd