Now Reading
Ada Orang Kemalangan? Ini Tips Untuk Anda Yang Berada Berdekatan Mangsa

Ada Orang Kemalangan? Ini Tips Untuk Anda Yang Berada Berdekatan Mangsa

Elakkan tiga perkara ini ketika di kawasan kemalangan iaitu Sangsi, Sebar dan Songlap.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kemalangan merupakan insiden yang berlaku tanpa dijangka. Perkara ini boleh berlaku di mana-mana sahaja. Contohnya di jalan raya.

Zaman sekarang ni, ada sesetengah individu yang memilih untuk hanya merakam situasi kemalangan berbanding menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Tapi sebelum kita nak bantu mangsa kemalangan, ada beberapa tips penting yang perlu dilakukan demi melindungi keselamatan masing-masing.

BACA JUGA: Niat Murni Jadi Tragedi. Wanita Maut Dirempuh Ketika Bantu Mangsa Kemalangan

Tips ketika terlihat kemalangan

Baru-baru ini, seorang doktor perubatan dikenali sebagai Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi beberapa tips di laman Facebook miliknya tentang cara untuk membantu mangsa kemalangan.

Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:

  • Alihkan objek bahaya berdekatan mangsa di kawasan kemalangan. Jika sukar dialihkan, elakkan berada di kawasan berdekatan objek tersebut.
  • Periksa keadaan mangsa sama ada masih sedar ataupun tidak.
  • Segera hubungi talian 999 untuk dapatkan bantuan. Maklumkan tentang butiran diri anda, jenis kecemasan, lokasi serta keadaan mangsa.
  • Jika anda mempunyai ilmu bantuan kecemasan Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR), boleh juga bantu dengan cara memberi CPR kepada mangsa.
Kredit: RayHaber

Perkara yang perlu dielakkan

Selain itu, doktor berkenaan turut berkongsi beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika berada di kawasan kemalangan.

Perkara itu disebut sebagai 3S, iaitu:

1. Sangsi

Elakkan berburuk sangka dan sangsi dengan mangsa kemalangan. Lebih baik jika anda terus bantu mangsa.

Kita mungkin tidak sedar bahawa tindakan yang lebih pantas boleh menyelamatkan nyawa mangsa.

2. Sebar

Perkara ini memang selalu kita lihat dalam kalangan masyarakat hari ini, di mana mereka akan merakam terlebih dahulu apabila terlihat sebarang kemalangan.

Perbuatan merakam dan menyebarkan video mangsa kemalangan adalah tidak wajar kerana melibatkan privasi dan kehormatan mereka.

3. Songlap

Ketika mangsa ditimpa kemalangan, pastinya mereka tidak sedar dengan keadaan sekeliling.

Jadi elakkan dari membuat sebarang percubaan untuk mengambil apa-apa barang milik mangsa. Perbuatan seperti ini sememangnya menyusahkan mangsa dan juga diri sendiri.

Harap lebih ramai yang ada kesedaran

Perkongsian doktor berkenaan buat ramai rakyat teringat kejadian di mana seorang mangsa kemalangan yang dituduh mabuk ketika sedang membawa lori.

Disebabkan terlalu panik, individu terbabit hanya merakam dan tidak memberi sebarang pertolongan kepada pakcik yang sebenarnya mendapat serangan jantung secara tiba-tiba.

BACA JUGA: Polis Sahkan Pemandu Lori Rempuh 3 Kereta Bukan Mabuk Tapi Terkena Serangan Jantung


Selepas perkongsian ini dimuat naik, harapnya masyarakat akan mempunyai kesedaran dan menghulurkan bantuan terlebih dahulu kepada mangsa berbanding merakam sahaja.

Belajar dari kesilapan.

Tindakan pantas kita dalam membantu mangsa mampu menyelamatkan nyawa mereka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd