KKR Nafi Jalan Raya Di Malaysia Antara Yang Terburuk Di Dunia
Kementerian Kerja Raya (KKR) menafikan laporan Zutobi yang mendakwa Malaysia antara negara yang memiliki kualiti jalan raya terburuk di dunia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Terdahulu, Malaysia telah disenaraikan sebagai salah satu negara yang mempunyai struktur jalan raya yang tidak berkualiti sehingga boleh menyebabkan risiko tinggi untuk kemalangan.
Data tersebut dipercayai hasil daripada kajian sebuah firma pendidikan pemandu iaitu Zutobi.
Hasil kajian Zutobi mendapati Malaysia memiliki kualiti jalan raya yang ke-12 terburuk di dunia dan kedua yang tinggi risiko untuk mengakibatkan kemalangan.
BACA JUGA: Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Ke-12 Terburuk Di Dunia & Kedua Risiko Kemalangan – Kajian
Kementerian Kerja Raya (KKR) Nafi Malaysia Miliki Jalan Raya Yang Teruk
Memetik laporan Astro Awani, Kementerian Kerja Raya (KKR)Â telah menafikan dakwaan bahawa Malaysia antara negara yang memiliki kualiti struktur jalan raya terburuk di dunia berdasarkan sebuah laporan yang dikeluarkan.

KKR dalam satu kenyataannya memaklumkan laporan oleh Zutobi itu agak mengelirukan kerana telah memberi persepsi kurang baik terhadap kualiti keseluruhan jalan raya di Malaysia.
Hasil kajian tersebut dianggap tidak tepat kerana hanya melibatkan 59 negara di dunia dan mengambil kira empat faktor sahaja seperti:
- Kualiti jalan raya
- Peningkatan kualiti jalan raya
- Kematian pengguna jalan raya
- Saiz relatif rangkaian jalan raya
Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Antara 21 Yang Terbaik Di Dunia
KKR menjelaskan bahawa sebelum ini Malaysia juga pernah terlibat dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 10 Ogos 2022.
Laporan berkenaan menyatakan Malaysia merupakan antara 21 negara di dunia yang mempunyai kualiti jalan raya terbaik dan berjaya mengatasi Australia, Britain serta New Zealand.
Data kajian itu lebih kukuh kerana sumbernya diambil dari The Global Economy yang mendapatkan data berdasarkan komponen kualiti jalan diterbitkan oleh Indeks Daya Saing Global.
Kajian tersebut juga memetik sumber sahih daripada kajian eksekutif melibatkan sejumlah 14,000 tokoh dari 144 negara yang menyertai Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.
Kementerian Kerja Raya (KKR)
Berdasarkan data kajian berkenaan juga, Malaysia menduduki tangga kedua di Asia Tenggara selepas Singapura dengan memiliki kualiti jalan yang baik.

KKR Sentiasa Berusaha Untuk Meningkatkan Kualiti Jalan Raya Di Malaysia
Dalam pada itu, KKR sentiasa mengambil perhatian terhadap kajian yang melibatkan kualiti jalan raya sebagai salah satu langkah untuk memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang terbaik.
KKR juga kini sedang fokus kepada usaha berterusan bagi menjaga kualiti jalan raya menerusi kempen Zeropotholes sejak tahun 2016 dan juga meneruskan Kempen Kita Jaga Jalan Kita yang dilancarkan pada November 2021.
BACA JUGA: ‘Rider’ Luar Negara Persoal Tentang Jalan Raya Di Malaysia Yang Banyak Berlubang
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.