Now Reading
[Video] Papan Tanda Saiz A3 Di Lebuhraya SUKE Buat Pengguna Tak Puas Hati

[Video] Papan Tanda Saiz A3 Di Lebuhraya SUKE Buat Pengguna Tak Puas Hati

Papan tanda arah yang didakwa terlalu kecil itu diletakkan di persimpangan dua jalan antara Ampang dan Hulu Langat di Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) fasa pertama yang baru sahaja dibuka pada September lalu menjadi lokasi ‘panas’ orang ramai kerana katanya boleh tengok pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang cantik.

Ada juga yang sanggup berhenti di lorong kecemasan untuk bergambar sehingga mengakibatkan kemalangan jalan raya.

BACA JUGA: Lebuhraya SUKE Rekod Kemalangan Pertama Lepas Pemandu Berhenti Nak Bergambar

Papan tanda di Leburaya SUKE didakwa terlalu kecil

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalamannya menggunakan Lebuhraya SUKE dengan memuat naik video di laman TikTok miliknya (@bob_yp).

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati dengan saiz papan tanda di persimpangan Lebuhraya SUKE yang menunjukkan susur keluar ke Ampang di sebelah kanan dan Hulu Langat di sebelah kiri jalan.

Mana tidaknya, saiz dan tulisan papan tanda arah itu dikatakan terlalu kecil sehingga menyukarkan pengguna jalan raya untuk melihatnya dari jauh.

Penunggang motosikal ini pun sampai terpaksa berhenti di persimpangan jalan semata-mata untuk melihat arah.

Kalau tak tengok nanti takut tersilap jalan pula kan?

Video ini meraih perhatian orang ramai sehingga mencapai 800,200 jumlah tontonan di TikTok setakat artikel ini ditulis.

Orang ramai sempat bagi komen kelakar. Macam-macam!

Di ruangan komen video tersebut, boleh dikatakan ramai terhibur melihat saiz papan tanda arah itu yang agak berbeza daripada kebiasaannya.

Salah seorang pengguna media sosial turut berkongsi pengalamannya berhadapan dengan situasi sama ketika berada di lebuh raya berkenaan dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati juga di susur keluar kecil ke Kajang.

Ada juga yang kata mungkin penunggang motosikal kena bawa teropong istimewa untuk baca papan tanda arah itu.

Bukan itu sahaja, mereka turut mendakwa mungkin pembuat papan tanda itu anggap pengguna ada mata yang boleh ‘zoom’ dengan skala 100.

Siap ada yang cakap mana tahu ada kod QR untuk pengguna imbas dan boleh lihat papan tanda dengan lebih besar.

Pada masa sama, ramai yang menyindir kononnya bertanya berapa bilion digunakan untuk membuat papan tanda kecil tersebut.

Kalau diikutkan, papan tanda di persimpangan perlu lebih besar dan diletakkan sebelum menghampiri dua jalan tersebut.

Beberapa pengguna yang lain sempat juga mempersenda dan mengaitkan nama Lebuhraya SUKE itu kononnya untuk menjelaskan sebab di sebalik saiz papan tanda berkenaan.

Yang naik motosikal boleh lagi berhenti di tepi, kalau naik kereta macam mana pula agaknya? Memang redha kalau tersalah simpang.

BACA JUGA: SUKE Highway: PROLINTAS Kenal Pasti Lokasi ‘Panas’ & Tingkatkan Keselamatan Lebuh Raya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd