Now Reading
Lebuhraya SUKE Rekod Kemalangan Pertama Lepas Pemandu Berhenti Nak Bergambar

Lebuhraya SUKE Rekod Kemalangan Pertama Lepas Pemandu Berhenti Nak Bergambar

Seorang pemandu Myvi bertindak memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan di Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) kerana dikatakan mahu mengambil gambar pemandangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak dibuka kepada orang awam pada 16 September lalu, Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) fasa pertama bermula dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke persimpangan Bukit Antarabangsa mula mendapat perhatian ramai.

Penduduk sekitar Lembah Klang semakin teruja untuk mencuba lebuh raya itu selepas Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan tol percuma selama sebulan bermula 12 tengah hari pada 16 September.

BACA JUGA: Newly Opened SUKE Highway Already Attracting People To Take Pics By The Roadside

Kemalangan pertama di Lebuhraya SUKE

Terbaharu, satu kemalangan pertama dilaporkan berlaku di Lebuhraya SUKE semalam (18 September) sekitar jam 2:25 petang melibatkan kenderaan jenis Myvi berwarna kuning dan sebuah motosikal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, punca kemalangan adalah disebabkan oleh pemandu Myvi yang berhenti di lorong kecemasan untuk mengambil gambar lebuh raya berkenaan.

Kemalangan yang berlaku menyebabkan penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian kaki dan segera dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan.

Sumber: Facebook/Polis Daerah Ampang Jaya Page

Berikutan itu, kes kini disiasat di bawah Kaedah 16 LN 166/59 iaitu menyebabkan halangan sehingga mengakibatkan kemalangan.

Pesalah yang cuai sehingga menyebabkan kemalangan boleh didenda sehingga RM300.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan laluan kecemasan sewenang-wenangnya kerana boleh membahayakan nyawa diri dan pengguna jalan raya yang lain.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd