Now Reading
[Video] Teruja Duduk Sebelah Muhyiddin Yassin, Gelagat Kanak-kanak Ini Buat Ramai Terhibur

[Video] Teruja Duduk Sebelah Muhyiddin Yassin, Gelagat Kanak-kanak Ini Buat Ramai Terhibur

Bermula dengan mengambil gambar senyap-senyap dari tepi, akhirnya dapat juga ‘selfie’ bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap kali kita berjumpa dengan orang kenamaan atau terkenal, mesti ramai yang nak bergambar, betul tak?

Walaupun hanya berbekalkan gambar, tapi bolehlah dibuat sebagai kenangan pada masa akan datang.

Buatnya terjumpa penyanyi terkenal tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza, confirm ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar bersamanya.

Kanak-kanak Lelaki Ambil Gambar Muhyiddin Yassin Secara Sembunyi Sebelum Dapat ‘Selfie’

Menerusi video perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@friendsofmuhyiddinyassin), kelihatan seorang kanak-kanak lelaki duduk bersebelahan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam tempat ibadah umat Islam.

Pada awal video tersebut, kanak-kanak itu hanya duduk diam sebelum dia mula mengambil gambar Muhyiddin secara senyap dari bahagian tepi.

Sumber: TikTok/@friendsofmuhyiddinyassin

Tidak lama selepas itu, mereka berdua dilihat sempat ber-selfie berduaan pula. Alahai comel je!

Lepas dapat ‘selfie’ bersama, kanak-kanak itu terus bangun dan bergerak ke bahagian belakang.

Gelagat kanak-kanak lelaki itu mencuri perhatian ramai sehingga video berkenaan telah meraih 1.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Ramai Puji Keberanian Adik Lelaki Itu Dapat ‘Selfie’ Dengan Bekas Perdana Menteri

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial memuji keberanian kanak-kanak lelaki tersebut yang berjaya berswafoto dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukan semua orang ya berani macam dia. Siap ada yang kata dia berpotensi menjadi seorang jurugambar suatu hari nanti.

Pada masa sama, ada juga segelintir daripada mereka yang memberikan kata-kata sokongan terdapat Pengerusi Parti Perikatan Nasional berkenaan.

Kami yang dah dewasa pun kadang kala segan nak ajak bergambar dengan golongan seperti ini walaupun terjumpa mereka depan-depan.

Memang terbaiklah adik!

BACA JUGA: [Video] Kanak-kanak Lelaki Selamba Banding Saiz Perut Dengan Perdana Menteri Waktu ‘Live’

BACA JUGA: Niat Nak Ke Tandas Je, Tapi Kanak-kanak Ini Terus Solat Di Masjid Lepas Dengar Azan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd