Now Reading
Smartlane Di Lebuh Raya Dibenarkan Pada Waktu Tertentu. Ini Info Pemandu Perlu Ambil Perhatian

Smartlane Di Lebuh Raya Dibenarkan Pada Waktu Tertentu. Ini Info Pemandu Perlu Ambil Perhatian

Kebiasaannya Smartlane akan diaktifkan pada musim perayaan oleh PLUS dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta PDRM bagi mengelakkan trafik sesak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang musim perayaan, pasti ramai di antara kita yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman.

Mana tidaknya, itulah masa untuk kita meluangkan masa bersama ahli keluarga tersayang setelah lama tidak berjumpa.

Namun, masalah utama yang dihadapi orang ramai adalah kesesakan trafik yang teruk di sepanjang lebuh raya.


Pemandu Guna Lorong Smartlane Di Lebuhraya Untuk Elak Kesesakan Trafik

Baru-baru ini, tular satu hantaran di akaun TikTok (@Umie_Shaa) menyaksikan sebuah kereta jenis SUV menggunakan lorong kecemasan ketika sedang memandu di lebuh raya yang sesak.

Lazimnya, ini adalah satu kesalahan namun kali ini adalah sebaliknya di mana tiada sebarang pelanggaran undang-undang jalan raya.

Kalau anda nak tahu, lorong kecemasan yang digunakan oleh pemandu itu dikategorikan sebagai ‘Smartlane’ bagi situasi tersebut.

Smartlane kebiasaannya diaktifkan oleh Plus Malaysia Berhad (PLUS) dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika musim perayaan bagi mengelakkan trafik yang sesak.

Inisiatif berkenaan juga bertujuan untuk menambah kapasiti lorong di lebuh raya terutama di laluan-laluan ditetapkan bagi melancarkan perjalanan para pemandu.

Buat mereka yang mahu memandu di lorong tersebut, anda perlu memastikan bahawa anda menggunakan Smartlane itu seperti waktu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa menerusi pengumuman di media sosial.

Seperti sebelum ini, PLUS telah mengaktifkan lorong itu pada 9 November lalu hingga 13 November dari jam 8 pagi hingga 6 petang sempena cuti perayaan Deepavali.


Perhatikan Papan Tanda Kuning Smartlane Di Lebuh Raya

Pemandu perlu memerhatikan papan tanda kuning Smartlane di lebuh raya sebagai satu penunjuk lorong itu boleh digunakan.

Sumber: Facebook PLUS Malaysia

Pengguna TikTok itu yang dikenali sebagai Umie meminta agar pemandu lain tidak memarahinya kerana menggunakan lorong tersebut kerana ianya dibenarkan di sisi undang-undang pada waktu tertentu.

Dalam kes ini, ia diaktifkan sempena dengan sambutan Hari Deepavali.

Umie dalam masa sama mengingatkan orang ramai untuk tidak mengambil kesempatan terhadap kemudahan yang diberikan itu.


Reaksi Netizen Terhadap Penggunaan Smartlane

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat baru mengetahui tentang fungsi Smartlane tersebut.

“Ohh patutlah. Semalam lalu sini, parents punyalah tertanya-tanya kenapa boleh guna (lorong kecemasan). Nampak signboard, tapi tak faham apa yang dimaksudkan dengan Smartlane,” ujar seorang netizen.

Ada juga warganet memberikan pesanan kepada pemandu yang menggunakan lorong tersebut agar lebih berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kemalangan dengan kenderaan lain.

“Bahaya juga masuk lorong itu sebab motor lalu. Kalau nak guna lorong itu tolong perhatikan motor yang tak dijangka ada di situ,” jelas seorang wanita.

Selain itu, seorang pemandu lebuh raya menceritakan pengalamannya sebelum ini apabila terdapat sebuah lori telah menghalang kereta untuk menggunakan laluan berkenaan.

“Pernah jadi dekat saya. Laluan sini banyak kereta, tapi lori tutup jalan. Jalan tu jadi sesak sebab lori tak beri jalan walaupun ada signboard,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@Umie_Shaa)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jalan Sesak Teruk Di Tol Sungai Besi Kerana SJR, Ramai Minta Pihak Berkuasa Kaji Balik SOP Roadblock

Baca Artikel Berkaitan: Trafik Dijangka Sesak Sempena Hari Raya Aidiladha, Ini ‘Jalan Pintas’ Untuk Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd