Now Reading
Trafik Dijangka Sesak Sempena Hari Raya Aidiladha, Ini ‘Jalan Pintas’ Untuk Anda

Trafik Dijangka Sesak Sempena Hari Raya Aidiladha, Ini ‘Jalan Pintas’ Untuk Anda

Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan ANIH Berhad telah melakukan inisiatif laluan pintas untuk melancarkan perjalanan orang ramai pulang beraya di kampung sempena Aidiladha.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut esok (29 Jun), kebiasaannya trafik di lebuh raya sekitar Malaysia akan menjadi lebih sesak berbanding tempoh biasa.

Memetik laporan The Star, Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz memaklumkan sekitar dua juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya terutamanya pada hari-hari puncak seperti 28 Jun (Rabu) dan 1 Julai (Sabtu).

Peningkatan tersebut dijangka sehingga 12% daripada purata harian 1.7 juta kenderaan.

ANIH Berhad yang mengendalikan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dalam satu kenyataan berkata lebih sejuta kenderaan dijangka menggunakan KLK pada musim perayaan ini dan akan mencatatkan peningkatan sebanyak 70%.

Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad Imran Gulcharan Abdullah berkata kira-kira 430,000 kereta dianggarkan berulang-alik di sepanjang LPT1 dengan menyaksikan peningkatan ketara sebanyak 60%.

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, kedua-dua lebuh raya telah mengambil langkah untuk membantu perjalanan rakyat agar lebih lancar.

ANIH Berhad telah mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan untuk membantu orang ramai dalam usaha merancang perjalanan mereka sempena musim perayaan ini.

ANIH Berhad juga telah menambah 20% pekerja mereka di bahagian pondok tol, pasukan LPT Ronda, Pusat Kawalan Trafik (TCC) dan lebih 170 anggota RELA ke kawasan lebuh raya utama untuk mengurangkan kesesakan trafik.

Jika lorong tol tambahan untuk transaksi manual diperlukan, ANIH Berhad akan mengaktifkannya dan jika perlu, mereka juga bakal melaksanakan strategi kontra aliran di lokasi yang sepatutnya.

Untuk mengelakkan kelewatan atau kesulitan di plaza tol, pengguna jalan raya dinasihati untuk memastikan mempunyai baki mencukupi dalam Touch ‘n Go dan e-dompet sebelum bergerak pulang ke kampung halaman.


PLUS Buka ‘Smartlane’ Untuk Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas Pada Waktu Puncak

PLUS juga telah mengambil inisiatif untuk mengaktifkan “Smartlane” dari 24 Jun hingga 2 Julai 2023 bermula jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang, di mana lorong paling kiri semasa dibuka sebagai lorong kedua pada waktu tersebut untuk meningkatkan kapasitinya dan membantu aliran trafik semasa waktu sibuk di pagi hari.

Berikut adalah senarai lokasi dengan ‘Smartlane’:

  • Laluan Tapah (KM306.7) ke Simpang Gopeng (KM297.0) – arah utara.
  • Laluan Slim River (KM367.3) ke pintu masuk Persimpangan Sungkai (KM354.1) – arah utara.
  • R&R Rawang (KM439.6) ke Persimpangan Sungai Buaya (KM435.5) – arah utara.
  • Persimpangan Port Dickson (KM260.0) ke Persimpangan Seremban (KM263.1) -arah utara.
  • Persimpangan Senai Utara (KM19.0) ke Persimpangan Kulai (KM27.0) – arah utara.

Pengguna lebuh raya boleh mengetahui lebih lanjut tentang laluan “Smartlane” dengan mencari papan tanda “SmartLane” atau dengan melayari laman media sosial PLUS di Facebook dan Twitter.

Pengguna lebuh raya juga perlu memastikan kenderaan mereka seperti tayar, minyak hitam, brek, lampu, bateri dan radiator berada dalam keadaan baik untuk perjalanan jauh.

Selain itu, patuhi peraturan lalu lintas dengan tidak memandu melebihi had laju yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya yang lain.


7 Perkara Penting Anda Perlu Buat Sebelum Balik Kampung

Mesti ramai yang tak sabar mahu pulang ke kampung halaman dan berjumpa semula dengan ahli keluarga serta saudara-mara kan?

Tapi sebelum anda bergerak pulang ke kampung halaman, pastikan anda membuat ‘checklist’ penting terlebih dahulu. Antaranya:

  • Rancang perjalanan lebih awal.
  • Menggunakan aplikasi Waze atau Google Map untuk melihat laluan trafik.
  • Servis kenderaan terlebih dahulu.
  • Top-up kad Touch ‘n Go atau e-Wallet.
  • Memastikan diri sentiasa dalam keadaan segar dan tidak mengantuk.
  • Pastikan tutup elektrik di rumah.
  • Semak checklist barang-barang.

BACA JUGA: Top-Up TnG, Cek Waze & 5 Tips Penting Lain Sebelum Balik Kampung Raya

BACA JUGA: Ini 7 Checklist Barang Penting Sebelum Balik Raya. #5 Tu Penting Oi!

BACA JUGA: Pengguna Twitter Kongsi Tips ‘Long-Drive’ Untuk Balik Kampung Sempena Aidilfitri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd