Now Reading
Top-Up TnG, Cek Waze & 5 Tips Penting Lain Sebelum Balik Kampung Raya

Top-Up TnG, Cek Waze & 5 Tips Penting Lain Sebelum Balik Kampung Raya

Waktu puncak untuk kebanyakan lebuh raya adalah bermula 29 April sehingga 9 Mei 2022. Jadi, plan your journey okay!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berbaki kurang seminggu sahaja lagi umat Islam bakal menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri, pasti sekarang ini ramai yang sedang mengemas beg dan membuat persiapan untuk balik kampung, kan?

Tapi untuk pastikan perjalanan anda ‘smooth like butter’, pastikan anda ikuti 7 tips perjalanan balik kampung yang kami kongsikan di bawah:


1. Rancang perjalanan lebih awal.

Farhan Najib/Malay Mail

Perkara paling penting sebelum memulakan perjalanan balik ke kampung adalah rancang lebih awal. Nak balik Utara ke, Selatan ke, Pantai Timur ke, yang penting ketahui waktu dan tarikh yang sesuai untuk bergerak.

Tapi kalau dah lama nak merasai ‘tersidai’ di tengah lebuh raya, boleh saja.

P/S: Tarikh hari-hari puncak di kebanyakan lebuh raya adalah:

  • 29 April sehingga 9 Mei 2022.

2. Guna aplikasi Waze/Google Map.

Kalau masih tak ada kedua-dua aplikasi ini di telefon pintar, silalah install.

Percayalah, ianya akan memudahkan lagi kerja anda untuk menganggarkan jam berapa patut bergerak dan jam berapa akan sampai. Kalau ada jammed yang tak bergerak langsung pun, anda boleh ketahui apa penyebabnya.

Siap boleh berborak dengan ‘wazers’ lain.

3. Servis kenderaan terlebih dahulu.

Perkara paling mustahak sekali untuk mengelakkan masalah kereta di tengah-tengah lebuh raya adalah memastikan kenderaan anda sudah diselenggara dengan baik dan servis semua dah setel.

Kondisi tayar, minyak hitam, air pun perlu cek juga sebelum bergerak.

4. Top-up kad TnG atau e-Wallet awal-awal.

Credit: The Rakyat Post

Ini benda paling perlu diingatkan sekali. Tolonglah isi kredit TnG atau e-Wallet anda terlebih dahulu. Pergi sahaja di stesen minyak, 7-eleven, mynews yang berdekatan. Kiosk TnG pun dah merata-rata.

Nanti disebabkan baki anda tak cukup, satu lebuh raya jammed! Jangan pentingkan diri ya.

5. Masuk dan keluar guna mod pembayaran yang sama di plaza tol.

Credit: PLUS Malaysia via Malay Mail

Ini memang nampak remeh tapi sebenarnya ada di kalangan manusia yang jenis suka bertukar-tukar fikiran. Masuk menggunakan TnG, keluar pergi guna Smartag pula. Jangan begitu ya abang-abang dan adik-adik sekalian.

Guna mod pembayaran yang sama untuk mengelakkan masalah transaksi dan sebagainya.\

6. Pastikan diri sentiasa ‘fresh’.

Kalau anda merasa lesu dan letih ketika memandu, disarankan untuk berhenti terlebih dahulu di RnR berdekatan. Kalau jauh lagi dan anda rasa dah mengantuk atau penat, berhentilah di stesen minyak, beli kopi, juice, roti atau kacang untuk kembali segarkan diri.

Pergi basuh muka dan melakukan stretching ringan pun okay juga.

7. Patuhi had laju dan peraturan lalu lintas.

Masalah yang sama sering dihadapi oleh pengguna jalan raya pada setiap tahun apabila ada pemandu yang jenis tidak mematuhi had laju dan peraturan lalu lintas.

Ingat ya, jangan memandu menggunakan lorong kecemasan, kalau nak memandu perlahan sila bertukar di lorong belah KANAN. Kiri itu hanya untuk orang yang ingin memandu laju atau sakit perut nak ke tandas sahaja.

Jangan degil dan keras kepala dan elakkan ‘roadbully’!


Dah ready nak balik kampung?

Sebelum packing barang, cek dulu sama ada kesemua barangan penting dah dibawa atau belum.

BACA SINI: Ini 7 Checklist Barang Penting Sebelum Balik Raya. #5 Tu Penting Oi!


Jangan lupa untuk baca doa naik kenderaan untuk keselamatan perjalanan pergi dan pulang.

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِى سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِى الأَهْلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِى الْمَالِ وَالأَهْلِ

Subhanalladzi sakh-khoro lanaa hadza wa maa kunna lahu muqrinin. Wa inna ila robbina lamun-qolibuun. Allahumma innaa nas’aluka fii safarinaa hadza al birro wat taqwa wa minal ‘amali ma tardho.

Allahumma hawwin ‘alainaa safaronaa hadza, wathwi ‘anna bu’dahu. Allahumma antash shoohibu fis safar, wal kholiifatu fil ahli.

Allahumma inni a’udzubika min wa’tsaa-is safari wa ka-aabatil manzhori wa suu-il munqolabi fil maali wal ahli.”⁣


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd