Now Reading
Ini 7 Checklist Barang Penting Sebelum Balik Raya. #5 Tu Penting Oi!

Ini 7 Checklist Barang Penting Sebelum Balik Raya. #5 Tu Penting Oi!

Dah pastikan semua checklist cukup, barulah tenang nak balik beraya di kampung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hujung minggu ini mesti ramai yang dah mula balik kampung kan? Akhirnya lepas dua tahun, dapat juga beraya! Jangan terkejut kalau ada yang dah siap kemas barang seminggu awal. Tapi mungkin ada juga yang agak ‘blur’ nak mula mengemas dari mana.

Jangan risau, kami boleh bantu anda dengan menyenaraikan beberapa barangan penting untuk dibawa pulang ke kampung halaman pada musim perayaan Aidilfitri yang tidak lama lagi.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Bagasi

Sumber: Toronto Star

Nak balik beraya ini mesti banyak baju yang nak dibawa. Mana tidaknya, baju raya hari pertama lain, raya kedua lain. Itu baru baju, tak termasuk tudung atau sampin bagi lelaki lagi.

Sebab itulah pentingnya kena ada bagasi untuk ‘sumbat’ segala barangan penting. Ikut pilihan masing-masing nak bawa bagasi saiz besar atau kecil, bergantung kepada jumlah barangan yang ingin dibawa.

Tapi janganlah masukkan semua barangan dalam satu bagasi sahaja. Takut terlampau berat dan tak boleh diangkat pula. Risau!

2. Beg mekap

Sumber: Fashionista

Mekap dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Buatnya kalau ada yang terlupa nak bawa balik barangan kosmetik ini, memang terus hilang mood nak beraya.

Antara mekap yang wajib dibawa adalah seperti foundation, eyeshadow pallete, gincu, blusher, maskara, primer, loose powder dan banyak lagi. Itu belum termasuk dengan pelbagai jenis berus mekap. Memang tak cukup satu beg tu.

Maklumlah, bila menyambut hari raya mestilah kena mekap lebih sikit untuk tambah seri wajah ketika berOOTD. Barulah cantik nak upload gambar di media sosial kan?

3. Set botol travel untuk skincare

Sumber: Amazon

Tidak dinafikan waktu beraya memang ramai kaum wanita akan bermekap dan beraya dari siang hingga ke malam. Bahagian muka mereka terdedah dengan pelbagai jenis produk kosmetik dalam tempoh yang lama.

Nak cantik bukan sahaja dengan bermekap, kulit muka juga perlu dijaga dengan baik. Sebab itulah pentingnya untuk bawa balik segala produk penjagaan wajah untuk cuci dan buang segala mekap di muka selepas balik dari beraya.

Bila dah mekap tebal di siang hari, rutin penjagaan wajah pun perlu ‘ekstra’ untuk mengelakkan tiba-tiba ada jerawat dua tiga ketul waktu beraya nanti.

4. Beg vakum

Sumber: Joom

Percayalah dengan adanya beg vakum, nak bawa baju satu almari pun boleh kerana ianya berfungsi untuk membuang segala udara di dalam bekas ataupun plastik. Dengan cara ini, bagasi baju anda akan mempunyai lebih ruang dan banyak barangan dapat diisi di dalamnya.

Beg vakum ini pastinya berguna terutamanya kepada para ibu yang perlu membawa sekali pakaian dan kelengkapan anak-anak mereka. Untuk yang ada anak ramai lagilah digalakkan untuk mempunyai beg ini kerana dapat mengurangkan jumlah beg atau bagasi yang perlu dibawa balik ke kampung.

Kalau tak ada beg vakum ini jangan kata bagasi tak muat, nak sumbat lima ke enam bagasi ke dalam kereta pun belum tentu boleh.

5. Extension

Sumber: Made in China

Kebiasaannya bila balik beraya, memang semua saudara-mara, makcik dan pakcik akan berkumpul di satu rumah yang sama dengan jumlah beberapa plug sahaja.

Zaman teknologi sekarang ini kanak-kanak pun ada telefon sendiri. Yang dewasa memang tak perlu ceritalah, mesti ada punya. Bayangkan bila ramai yang nak caj telefon dalam satu masa yang sama? Confirm berebut oi!

Maklumlah supply sikit tapi demand banyak. Itu belum kira ada yang nak menggunakan plug untuk seterika baju lagi. Jadi bagi mengelakkan masalah berebut plug, anda digalakkan untuk membawa extension sendiri.

6. Seterika

Malam sebelum raya mesti ramai yang dah siap-siap susun pakaian untuk digayakan di pagi Syawal. Maklumlah, tak sabar nak beraya dengan sanak-saudara yang sudah lama tidak bertemu.

Bawalah baju dan tudung banyak mana sekali pun tapi kalau terlupa nak bawa seterika, musnahlah harapan nak berOOTD dengan cantik di hari raya. Confirm rosak mood kalau baju atau tudung banyak kedutan dan susah dibentuk.

Jadi pastikan anda jangan terlupa untuk bawa balik seterika serta pelapik kain untuk memudahkan urusan bagi menghilangkan kedutan baju dan tudung. Kalau malas nak bawa seterika yang besar, bawa yang saiz travel pun boleh juga.

7. Penyangkut baju

Sumber: Liputan6

Bila dah seterika pakaian, takkan nak bentang atas katil je kan? Ada juga nanti yang tiba-tiba terduduk atas tudung. Boleh ‘naik angin’ perempuan nanti.

Jadi sebab itulah pentingnya untuk bawa juga penyangkut baju bersama. Senang bila dah selesai seterika pakaian, boleh terus sangkut di tempat tinggi. Barulah tak ada orang terduduk.

Dengan cara menyangkut pakaian juga dapat mengelakkan bilik bersepah. Barulah tak serabut di pagi raya, betul tak?

Sumber: iPrice

Kebebasan yang diberikan oleh kerajaan ini diharapkan dapat mengubati semula kerinduan masyarakat untuk pulang beraya di kampung halaman bersama keluarga tersayang.

Namun di sebalik keseronokan untuk beraya pada tahun ini, jangan lupa amalkan SOP yang perlu dipatuhi seperti memakai pelitup muka dan juga menjaga penjarakan sosial bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Selain barangan dalam checklist kita, pelitup muka dan hand sanitizer juga penting untuk dibawa bersama bagi melindungi kesihatan diri daripada terdedah dengan sebarang virus tidak diingini.

Semoga perayaan Aidilfitri pada tahun ini dapat mencipta semula kenangan terindah di kampung halaman dengan lebih meriah dan selamat bersama ahli kelurga serta saudara-mara.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd