Now Reading
Lori Tin Sardin Terbalik Di Lebuhraya PLUS, Trafik Sesak Sehingga 3KM

Lori Tin Sardin Terbalik Di Lebuhraya PLUS, Trafik Sesak Sehingga 3KM

Muatan tin sardin itu telah berterabur di jalan dan mengakibatkan lebuh raya bertukar menjadi merah akibat tumpahan sardin.

lori tin sardin terbalik di PLUS

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terbaharu, sebuah lori kontena membawa muatan tin sardin dilaporkan terbalik hari ini (3 Ogos) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Kuala Kangsar, Perak.

Memetik laporan Sinar Harian, kemalangan yang berlaku pada jam 1:00 petang di Kilometer 265.9 telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas melebihi tiga kilometer.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob menjelaskan lori berkenaan terbalik secara melintang dan menghalang kesemua laluan di kawasan tersebut.

Lebih mengeruhkan keadaan, muatan tin sardin itu dilihat bertaburan di atas jalan raya dan mengakibatkan lebuh raya bertukar menjadi merah akibat tumpahan sardin.

Pihak polis juga ditempatkan di lokasi kejadian bagi mengawal kesesakan trafik.

Sumber: Facebook/Ieda Iedaman

Beberapa rakaman video di lokasi kejadian turut dikongsikan di media sosial.

PLUS buka laluan alternatif untuk kurangkan kesesakan

Laluan tersebut kini ditutup sepenuhnya dan kesemua kenderaan dari arah utara dilencongkan keluar ke Plaza Tol Kuala Kangsar sementara kerja-kerja pengalihan dan pembersihan dilakukan.

Semua kenderaan di kawasan terbabit dinasihati untuk menggunakan laluan alternatif dari Tol Kuala Kangsar ke Sungai Siput untuk menuju ke Ipoh.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob.

Menurut PLUS, laluan kontra telah dibuka di Kilometer 267.0 hingga 265.1 arah utara bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd