Now Reading
Pengguna Twitter Kongsi Tips ‘Long-Drive’ Untuk Balik Kampung Sempena Aidilfitri

Pengguna Twitter Kongsi Tips ‘Long-Drive’ Untuk Balik Kampung Sempena Aidilfitri

Paling penting, kena servis kereta sebelum memandu jauh untuk balik ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.

Tips 'Long-Drive' Untuk Balik Kampung Sempena Aidilfitri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kurang dari seminggu sahaja lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut perayaan Aidilfitri selepas satu bulan berpuasa di bulan Ramadan.

Mesti ada yang sudah kemas beg untuk balik beraya di kampung kan? Maklumlah, lama tak jumpa sanak saudara di sana. Rindu!

Ada yang memilih untuk balik beraya di kampung menaiki kapal terbang, bas, kereta api dan juga memandu kereta persendirian.

Kepada anda yang memandu kereta persendirian lebih-lebih lagi dalam jarak yang agak jauh, terdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh pengguna Twitter (@projekhitam) bagi memastikan perjalanan anda lebih lancar.

Pastikan anda ikuti tips-tips yang dikongsikan di bawah ya. Antaranya:

1. Tips Sebelum Pandu Jauh Ketika Balik Beraya: Servis Kereta Anda Terlebih Dahulu

Tips 'Long-Drive' Untuk Balik Kampung Sempena Aidilfitri
Sumber: Twitter @projekhitam

Penting ya untuk servis kereta sebelum memandu jarak jauh kerana ia dapat memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat sepanjang perjalanan.

Anda boleh menghantar kereta ke bengkel dan meminta mekanik untuk membuat ‘basic service’. Kalau boleh hantar kereta ke bengkel lebih awal, lebih bagus.

Ini kerana sesetengah mekanik akan mengenakan caj yang mahal jika anda menghantar kereta untuk diservis pada ‘last minute’.

Kalau anda ada kemahiran untuk servis kereta pun boleh juga buat sendiri, tetapi kalau nak lebih cepat dan kemas, lebih baik hantar ke bengkel sahaja.

2. Tips Sebelum Pandu Jauh Ketika Balik Beraya: Sediakan Peralatan Untuk Pemanduan Yang Cekap

Tips 'Long-Drive' Untuk Balik Kampung Sempena Aidilfitri
Sumber: Twitter @projekhitam

Pemanduan yang cekap memerlukan anda untuk mempunyai beberapa peralatan yang dapat memudahkan urusan untuk memandu pada jarak jauh. Antara peralatan tersebut adalah:

Cermin Pandang Belakang Kereta Yang Lebih Besar

Saiz cermin pandang belakang (rearview mirror) yang besar membolehkan anda untuk melihat pergerakan kenderaan lain dengan lebih luas dan mengetahui lorong yang dimasuki oleh mereka dengan lebih cekap.

Apabila pemandangan mata lebih luas, maka keselamatan pemanduan juga akan terjamin.

Tempat Pemegang Telefon (Phone Holder)

Alat yang dapat memegang telefon kita dengan baik memang sangat diperlukan untuk tujuan navigasi. Kalau boleh, dapatkan tempat pemegang telefon yang kukuh dan tidak mudah terjatuh.

Paling penting, alat itu boleh dialihkan dan diletakkan di mana-mana tempat.

Pengepit Tali Pinggang (Seatbelt Clipper)

Seegelintir pemandu akan mengalami kegeseran di bahagian leher mereka apabila memakai tali pinggang keledar dalam tempoh yang terlalu lama. Ketidakselesaan itu akan membuatkan pemanduan kurang fokus dan selesa.

Jadi dengan adanya pengepit tali pinggang ini, pemandu akan lebih selesa untuk memandu dan selamat sepanjang perjalanan.

3. Tips Sebelum Pandu Jauh Ketika Balik Beraya: Ikuti Peraturan ‘Line Of Fires’

Tips 'Long-Drive' Untuk Balik Kampung Sempena Aidilfitri
Sumber: Astro Awani

Dalam bidang ketenteraan, Line of Rules (LOF) ini merupakan istilah yang digunakan untuk laluan peluru musuh. Apabila ahli tentera mengesan LOF, mereka akan cuba mengelakkan diri sejauh mungkin.

Jadi bagaimana LOF ini boleh dipraktikkan ketika di jalan raya?

Anda boleh mengamalkan LOF ini dengan cara mengelakkan beberapa jenis situasi ketika memandu termasuklah:

  • Menghampiri lori pelbagai saiz
  • Pemandu yang kurang ‘common sense’
  • Lorong yang terlalu padat

4. Tips Sebelum Pandu Jauh Ketika Balik Beraya: Sediakan Peralatan Kecemasan

Tips 'Long-Drive' Untuk Balik Kampung Sempena Aidilfitri
Sumber: Twitter @projekhitam

Untuk setiap kenderaan, pastikan anda mempunyai beberapa alatan kecemasan yang membolehkan anda segera bertindak jika berlakunya sebarang perkara tidak diingini ketika sedang memandu pada jarak jauh.

Antara peralatan penting adalah seperti:

  • Wayar elektrik
  • Wayar jumper
  • Dashcam

Pastikan kesemua peralatan ini diletakkan di dalam beg yang sama supaya memudahkan anda untuk mencarinya di satu tempat sahaja ketika diperlukan.

Diharapkan perkongsian di atas dapat membantu anda semua yang mahu pulang beraya di kampung sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.


Doa Sebelum Menaiki Kenderaan

Sebelum memulakan pemanduan, jangan lupa untuk membaca doa menaiki kenderaan terlebih dahulu.

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِى سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِى الأَهْلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِى الْمَالِ وَالأَهْلِ

Subhanalladzi sakh-khoro lanaa hadza wa maa kunna lahu muqrinin. Wa inna ila robbina lamun-qolibuun. Allahumma innaa nas’aluka fii safarinaa hadza al birro wat taqwa wa minal ‘amali ma tardho.

Allahumma hawwin ‘alainaa safaronaa hadza, wathwi ‘anna bu’dahu. Allahumma antash shoohibu fis safar, wal kholiifatu fil ahli.

Allahumma inni a’udzubika min wa’tsaa-is safari wa ka-aabatil manzhori wa suu-il munqolabi fil maali wal ahli.”⁣

BACA JUGA: Top-Up TnG, Cek Waze & 5 Tips Penting Lain Sebelum Balik Kampung Raya

BACA JUGA: Ini 7 Checklist Barang Penting Sebelum Balik Raya. #5 Tu Penting Oi!

BACA JUGA: Netizen Mulai Kongsi Video ‘Bersidai’ Atas Highway Untuk Balik Kampung


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd