Now Reading
Lori Ayam Terbalik, Lebuhraya PLUS Alor Gajah-Pedas Linggi Sesak 14 KM

Lori Ayam Terbalik, Lebuhraya PLUS Alor Gajah-Pedas Linggi Sesak 14 KM

Kemalangan lori ayam terbalik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Simpang Ampat berpunca daripada tayar bahagian belakang yang pecah.

lori ayam terbalik lebuhraya plus

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kemalangan merupakan sesuatu insiden yang tidak dapat dijangka dan sudah semestinya mahu dielakkan oleh semua pengguna jalan raya kerana ia berisiko menyebabkan kecederaan dan meragut nyawa.

Baru-baru ini, sebuah lori yang membawa muatan ayam hidup dilaporkan terbalik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Simpang Ampat menghala ke Pedas Linggi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 8:30 malam semalam (19 Februari) telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas melebihi 14 kilometer di Kilometer 221.9 lebuh raya berkenaan.

Pihak PLUS menerusi ciapan mereka di laman Twitter (@plustrafik) juga memaklumkan tentang kemalangan yang berlaku untuk memberitahu kepada pengguna jalan raya yang berada di kawasan sekitar.

Pengguna jalan raya dinasihati untuk berhati-hati dan merancang perjalanan mereka dengan baik jika ingin mengelakkan kesesakan.

Difahamkan proses mengalihkan lori yang terbalik serta ayam hidup yang bertaburan telah selesai dilakukan sekitar jam 3:17 pagi pada 20 Februari.


Tayar Belakang Pecah Punca Lori Bawa Muatan Ayam Terbabas Sebelum Terbalik

Memetik laporan Berita Harian, kemalangan tersebut berlaku disebabkan oleh tayar belakang bahagian kiri lori tersebut tiba-tiba pecah, lalu terbabas dan terbalik di antara lorong tengah dan kiri lebuh raya.

Lori yang terbalik itu juga telah menyebabkan ratusan ayam hidup bertaburan di atas lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu memaklumkan kemalangan itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada pemandu berusia 44 tahun serta pengguna jalan raya yang lain.

Susulan kemalangan itu, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

lori-ayam-terbalik-lebuhraya-plus-1
Sumber: Berita Harian

Tips Pemeriksaan Kereta Sebelum Membuat Perjalanan Jauh

Setiap kali sebelum anda nak memandu jauh ke mana-mana lokasi, perkara yang paling penting kena buat adalah pemeriksaan kenderaan.

Kenapa kena periksa kenderaan anda? Ia bertujuan untuk memastikan perjalanan anda selamat dan terhindar daripada sebarang masalah teknikal seperti ‘overheat’, tayar pecah dan sebagainya.

Antara perkara yang perlu diperiksa sebelum anda membuat perjalanan jauh adalah:

  • Periksa tahap bendalir kenderaan seperti minyak gear, minyak brek, cecair penyejuk dan cecair stereng.
  • Tukar minyak hitam kenderaan.
  • Periksa keadaan dan tekanan angin tayar.
  • Pastikan lampu kenderaan dan ‘signal’ berfungsi dalam keadaan baik.
  • Periksa bateri kenderaan.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd